suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ludah muka Walid paling ‘awkward’, Riena Diana berkali-kali minta maaf dengan Faizal Hussein

SIKAP profesional yang ditunjukkan pelakon Faizal Hussein membuatkan Riena Diana tidak gementar untuk menjayakan babak meludah muka aktor berkenaan dalam drama bersiri Bidaah.

Mengakui gementar pada awalnya, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, menjelaskan, dia memerlukan beberapa kali latihan bagi memastikan perkara tersebut berjaya dilaksanakan.

“Pada awalnya saya ingat main-main, tetapi pengarah kata kena buat betul-betul. Sebelum nak buat babak tersebut, saya beberapa kali buat latihan untuk ambil ‘mood’ itu. Sebenarnya susah bagi saya nak jayakan perkara itu.

“Tetapi berlakon dengan abang Faizal ni sangat seronok. Dia membantu dan sangat memberi dalam lakonan. Abang Faizal kata okay sahaja untuk ludah dekat muka dia.

“Sangat janggal nak buat itu sebenarnya. Rasa rasa ada juga air liur saya yang terkeluar dan kena ke mukanya,” katanya kepada mStar.

Riena berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi fotografi drama Boleh Saya Bantu 2 di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Drama berkaitan pekerja hotel itu turut dijayakan oleh Andi Bernandee, Wanie Ooi, Mark Adam dan Naszly.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi