suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zamarul Hisham perlu makan ubat setiap hari, ikthiar rawatan tradisional pulihkan masalah jantung

BERKONGSI perkembangan terkini kesihatannya selepas terkena serangan jantung pada awal Februari lalu, pelakon Zamarul Hisham memberitahu ia beransur pulih dan semakin baik. 

Selain perlu menjaga pemakanan dan tidur, Zamarul, 54, memberitahu dia kini bergantung ubat-ubatan yang diberikan doktor serta mengamalkan perubatan secara tradisonal. 

“Sebenarnya saya ada satu stent (prosedur angioplasti) dalam saluran darah dan perlu tambah lagi satu bagi meluaskan saluran darah. Namun sehingga sekarang saya tangguh untuk buat benda itu. 

“Sebab itu saya makan ubat tradisonal dengan harapan dapat saluran darah itu terbuka sendiri dan tidak perlu tambah stent lagi. Alhamdulillah setakat ini saya rasa lega dan tiada apa-apa. 

“Kalau ada dua stent, saya rasa seperti jantung ini tidak original sebab perlu bergantung dengan benda itu,” katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi