suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Merajuk dengan suami punca Aprena Manrose kongsi foto raya seorang diri, sengaja meluah di IG

MEMUAT naik hantaran menyambut Hari Raya Aidilfitri berseorangan tanpa suami, pelakon Aprena Manrose tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. 

Mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang tanda tanya, Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, menjelaskan hubungannya dengan suami iaitu Afiq Hazman masih lagi terjalin baik. 

“Sebenarnya, yang gambar saya raya seorang itu adalah sebab saya balik ke Indonesia seorang diri tanpa suami. Saya ini manja orangnya, jadi apabila perlu balik seorang, saya saja meluahkan dekat Instagram. 

“Afiq perlu bekerja pada hari raya kedua. Jadi, dia tidak dapat ikut dan hantaran tersebut macam buatkan saya nampak merajuk sahaja. Saja mahu buat drama. 

“Insya-Allah tiada apa yang berlaku. Doakan jodoh kami berpanjangan,” katanya kepada mStar

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi