SERING muncul dengan persembahan secara solo, timbul dakwaan mengatakan kumpulan The Gadys sudah membawa haluan masing-masing.
Menjelaskan situasi sebenar, Thamiera Chan menegaskan The Gadys masih utuh sebagai sebuah kumpulan dan tidak pernah timbul isu berpecah seperti diperkatakan.
Sebaliknya dia sering bersendirian membawa nama The Gadys kerana dua lagi anggotanya iaitu Aznie Azmi dan Ayunie Rizal sudah mempunyai pekerjaan tetap.
"Kami sekarang tengah sibuk dengan kerjaya masing-masing, kalau dulu memang boleh berikan tumpuan kepada The Gadys tapi sekarang susah sikit.
"Hubungan kami masih lagi baik dan berhubung seperti biasa cuma jarang berjumpa sebab sibuk," katanya.
Sementara itu, Thamiera memberitahu buat masa ini belum ada perancangan khusus melibatkan semua anggota The Gadys.
TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI