suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Andi Bernadee tak beli baju baharu, seronok sambut Aidilfitri di Sabah... Ikan bakar hidangan hari raya

PENYANYI Andi Bernadee berkata tahun ini dia memilih menyambut Aidilfitri secara bersederhana bersama keluarga.

Kata Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 34, ini kerana dia lebih mengutamakan keluarga dan mahu bertemu saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa.

“Raya tahun ini semestinya di Inanam, Sabah dan alhamdulilah meriah sebab tahun lepas kami satu keluarga tak balik kampung jadi kami sudah berpakat-pakat balik kampung sekali.

“Lelaki ni orang tak perasan sangat kalau tak beli baju baru pun tapi kalau perempuan memang ya la, lagipun saya ni kalau tiada keperluan buat apa nak membazir dan kalau boleh ikut kemampuan.

“Raya tahun ni memang saya simple saja dan baju pun pakai baju lama dulu sebab banyak kan, untuk saya tak apa tapi untuk keluarga memang saya utamakan dulu,” kata Andi kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi