suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Polong’ terus ke platform penstriman, pengarah terkilan tak diajak bincang... “Mereka setuju tanpa pengetahuan saya”

PENGARAH dan penerbit Zulkarnain Azhar meluahkan rasa terkilan selepas filem arahannya, Polong, diputuskan untuk disiarkan di platform penstriman tanpa pengetahuannya.

Menurut Zulkarnain, 44, perkara itu agak mengejutkan kerana sepatutnya sebarang keputusan berkaitan karya tersebut dibincangkan bersama bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pihak produksi.

"Persetujuan dengan pihak penstriman ini antara ejen dan penerbit bersekutu, mereka bersetuju tanpa pengetahuan saya.

"Agak mengejutkan mereka tidak bersemuka dan berbincang dengan saya terlebih dahulu.

"Benda itu menyebabkan kekeliruan dan tiada persefahaman," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut menyambut baik klasifikasi 18 yang diperkenalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), selain sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menurutnya, kelonggaran berkenaan yang membolehkan filem ditayangkan tanpa pemotongan babak, dengan syarat penonton di bawah usia 18 tahun tidak dibenarkan menonton, mampu memberi ruang kepada penggiat seni untuk menghasilkan karya yang lebih kreatif.

Bagaimanapun, Zulkarnain berharap kelonggaran tersebut tidak disalahgunakan sehingga menjadi alasan untuk menyelitkan unsur atau agenda yang bercanggah dengan nilai masyarakat.

"Kelonggaran ini adalah untuk kita menjadi lebih kreatif, tapi janganlah guna sebagai lesen untuk melakukan sesuatu agenda.

"Agenda yang negatif, melawan hakikatnya kita sebagai negara Islam. Perkara itu yang kita kena elak," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi