suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Watak Mazli cetus pelbagai teori dalam ‘Kudrat 1968: High Council’, Chech Harith seronok penonton berteka-teki... Mahu kerjaya naik bukan sekadar ‘one-hit wonder’

PENONTON mula membuat pelbagai andaian dan teori mengenai watak Mazli yang dilakonkan pelakon baharu, Chech Harith dalam siri Kudrat 1968: High Council.

Tidak menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang membebankan, Chech atau Nazhan Che Rosli, 23, sebaliknya mengakui seronok melihat penonton begitu mengambil berat serta cuba meneka hala tuju watak berkenaan.

Menurut Chech, teori dan andaian yang dikongsikan penonton menunjukkan mereka benar-benar mengikuti jalan cerita serta mempunyai minat terhadap karya tersebut.

“Saya seronok tengok mereka berteori dan berminat dengan jalan cerita sesebuah karya.

“Penonton sekarang dah bijak. Tapi apa yang boleh saya katakan, teruskanlah berteori.

“Mungkin ada yang mereka nampak, ada juga yang tidak, jadi teruskan berteori itu kerana saya seronok membacanya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Chech berharap kemunculannya menerusi Kudrat 1968: High Council dapat membuatkan penonton terus menantikan karya-karya lain yang bakal disertainya.

Ujar Chech, perjalanan sebagai seorang pelakon masih panjang memandangkan dia masih baharu dalam industri seni.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi