suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Baru lima tahun berlakon, Nadhir Nasar terbuka dikritik... “Dalam 10 orang mungkin dua tak suka tapi lapan lagi menyokong"

PELAKON Nadhir Nasar terbuka menerima kritikan netizen terhadap mutu lakonannya dan menganggap teguran yang diberikan sebagai komen membina untuk memperbaiki kekurangan diri.

Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata masih mempunyai banyak perkara untuk dia pelajari memandangkan baru lima tahun berada dalam industri seni.

“Cara kritikan yang orang sebut tentang lakonan saya sebenarnya komen-komen membina. Alhamdulillah saya perlukan komen-komen begitu untuk jadikan lebih baik daripada sebelum ini.

Lakonan Nadhir menerusi Chelot menerima pelbagai reaksi penonton.

Lakonan Nadhir menerusi Chelot menerima pelbagai reaksi penonton.

“Umur saya baru 30 tahun dan lima tahun dalam industri seni ini, banyak lagi ilmu yang perlu saya cari dan perbaiki. 

“Sebagai pelakon muda, saya harus membuka ruang untuk menerima segala kritikan untuk menjadi lebih baik,” katanya kepada mStar. 

Nadhir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon filem Pemuja Syaitan berlangsung di 10 Stars Cinema, Hextar World Empire City, Petaling Jaya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar puas ibu tonton lakonan TV, takkan tinggalkan drama walaupun aktif di filem

ARTIKEL BERKAITAN: Minat baca novel sejak kecil, Nadhir Nasar bakal arahkan filem genre seram... Impi karya sendiri dapat tayangan pawagam

Dalam pada itu, Nadhir berkongsi antara perkara menarik mengenai kerjayanya adalah apabila hasil lakonan yang dilakukan menerima pelbagai reaksi daripada penonton.

“Selepas berada dalam industri ini, itulah keindahan yang saya nikmati dalam apa yang saya lakukan sekarang. Ada orang yang suka dan ada yang tidak suka.

“Saya hanya meraikan semuanya, saya baca saja komen-komen di media sosial. 

Cara kritikan yang orang sebut tentang lakonan saya sebenarnya komen-komen membina.

NADHIR NASAR

PELAKON

“Tak dinafikan sebagai pelakon saya memerlukan kritikan seperti itu kerana pada akhirnya peminat yang membeli tiket untuk menonton filem saya. Jadi saya perlu terima secara terbuka selagi tidak memberi kesan besar pada diri kita,” ujarnya.

Sementara itu, Nadhir memberitahu dia tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua orang dan memilih untuk memberi tumpuan kepada mereka yang sentiasa menyokong kerjayanya.

“Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Tidak semua orang akan suka dengan kita dan itu perkara biasa.

“Dalam 10 orang, mungkin ada dua yang tidak suka tetapi lapan lagi masih memberikan sokongan. Jadi, fokus sahaja kepada individu yang sentiasa menyokong kita.

Nadhir (kiri) menghargai setiap sokongan peminat.

Nadhir (kiri) menghargai setiap sokongan peminat.

“Komen-komen sebegitu tidak menjatuhkan semangat kerana saya masih suka dengan apa yang saya lakukan sekarang (berlakon),” katanya.

Sebelum ini, lakonan Nadhir menerusi filem Chelot menerima pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang menyifatkan gaya lakonannya yang canggung.

Malah, segelintir pengguna media sosial menganggap lakonan Nadhir terlalu menggunakan pendekatan 'method acting' sehingga dilihat seperti memaksa dan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain