suria

Minat baca novel sejak kecil, Nadhir Nasar bakal arahkan filem genre seram... Impi karya sendiri dapat tayangan pawagam

Nadhir menyimpan hasrat mengarahkan sebuah filem seram.

PELAKON Nadhir Nasar yang kini semakin aktif dalam bidang pengarahan menjangkakan filem pertama hasil tangannya bakal mengangkat genre seram dan thriller.

Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata dia kini sedang menulis beberapa skrip dan bekerja rapat dengan pasukan produksi, Paradice Pictures, bagi memperkemas jalan cerita sebelum diterbitkan.

"Sekarang ini pun saya sudah mula menulis beberapa buah cerita. Bila masuk pejabat, saya dan pasukan produksi akan ubah cerita jadi lebih baik sampailah skrip itu 'masak', barulah kita akan keluarkan.

Nadhir memberi jangka masa dua ke tiga tahun lagi untuk menghasilkan sebuah filem.

Nadhir memberi jangka masa dua ke tiga tahun lagi untuk menghasilkan sebuah filem.

"Untuk karya sulung (filem pertama), pegang cakap saya, ia adalah sebuah filem seram dan thriller," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nadhir menjelaskan bahawa minatnya terhadap genre seram datang daripada keinginan untuk mengeksplorasi emosi manusia yang tersirat tetapi memberi kesan mendalam kepada penonton.

"Saya tertarik dengan genre thriller dan seram sebab ia memberi ruang untuk bermain dengan emosi manusia... rasa takut, debaran (suspense), dan perkara yang kita tak nampak tetapi boleh memberi rasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Iklan raya Nadhir Nasar siap dalam sehari, tampil konsep santai menghiburkan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nadhir Nasar nafi merajuk, tak pernah kejar trofi... “Usia 42 pun saya masih boleh menang anugerah”

"Sejak kecil saya memang suka membaca novel karya Stephen King. Cara dia membina atmosfera dan psikologi watak itu sangat kuat. Saya juga suka karya yang agak pelik dan unik seperti dunia Tim Burton.

"Bagi saya, thriller dan seram bukan sekadar mahu menakutkan orang, tetapi mahu memberi impak kepada penonton walaupun selepas filem tamat," ujarnya.

Ditanya mengenai jangka masa filem pertamanya, Nadhir menjangkakan ia akan siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

 

Nadhir mempunyai syarikat produksi sendiri dikenali sebagai Paradice.

Nadhir mempunyai syarikat produksi sendiri dikenali sebagai Paradice Pictures.

Menurutnya, proses mengarah filem cereka (fitur) memerlukan masa dan fokus, namun ia tetap menjadi impian besarnya untuk menghasilkan sebuah karya yang boleh ditayangkan di pawagam.

"Sudah tentu ia mengambil masa yang agak lama untuk saya fokus mengarahkan filem cereka.

"Tetapi itulah impian saya, untuk membikin sebuah filem dan dapat ditayangkan di pawagam. Ini adalah sasaran saya.

"Saya menganggarkan mungkin lagi dua atau tiga tahun, insya-Allah impian ini dapat dilaksanakan. Apa pun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain