PELAKON Raya Ilya terpaksa melupakan hasrat untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tahun ini.Menurut Ilya, 41, yang kini menetap di Perth, Australia, suaminya tidak dapat mengambil cuti panjang kerana terlibat dengan urusan kerja. "Di sini bukannya ada cuti umum untuk Raya. Suami saya tiba-tiba ada urusan kerja dan kami terpaksa membatalkan perancangan untuk balik raya.Ilya akur dengan jadual kerja suami. "Sebelum Ramadan, sudah rancang nak balik Kuala Lumpur, tapi nampaknya tidak kesampaian. Mujurlah belum beli tiket untuk balik sana."Nak balik sendiri tanpa suami pun saya tak berani sebab perlu uruskan dua anak sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.Biarpun begitu, sambutan 1 Syawal tetap diraikan bersama warga Malaysia yang turut berada di sana.ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali gagal uji bakat, Raja Ilya akhirnya dapat tawaran berlakon di Australia ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya selamat timang anak kedua, pilih nama Royal AbrahamBahkan, Ilya sendiri akan menyediakan hidangan istimewa Hari Raya untuk keluarganya."Tahun ini rasanya saya tidaklah buat rumah terbuka sebab anak kedua masih kecil. Tak 'cukup tangan' nak memasak. Cukuplah masak untuk keluarga sahaja."Tetapi saya akan pergi ke rumah terbuka orang lain di sini. Antara yang selalu menjadi tumpuan adalah rumah ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson," ujarnya.Ilya akan membawa suami dan anak-anak pulang ke Malaysia mengikut kesesuaian masa. Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara negara itu.Mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Talita Love, 5, dan Royal Abraham, 2 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube