suria

Bella Dowanna lebar sayap ceburi bidang penganjuran acara, sibuk uruskan konsert penyanyi Indonesia

Bella merupakan pengarah bagi sebuah syarikat penganjur acara.

PELAKON Bella Dowanna kini sedang mengembangkan sayap dalam dunia seni apabila mengambil langkah berani dengan menjadi pengarah untuk syarikat penganjur acara, Beatus Live.

Bella, 23, mendedahkan dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam bidang itu iaitu sejak pertengahan tahun lalu, namun perniagaan tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi. 

Menurutnya, sebagai anak seni, dia percaya seseorang tidak perlu terikat hanya dengan satu bidang sahaja.

Bella tidak mahu terikat dengan kerjaya lakonan sahaja. 

"Tidak semestinya hanya fokus kepada berlakon sahaja sampai bila-bila. Saya nak cuba benda lain yang saya suka dan boleh buat. 

"Nak menyanyi? Suara saya tak sedap, jadi saya pilih jadi penganjur kerana memang minat dengan konsert," katanya kepada mStar. 

Tambah Bella, Beatus Live mempunyai pasukan yang juga beroperasi di Indonesia selain di Malaysia. 

Katanya, tahun ini mereka mempunyai banyak perancangan menarik, namun masih belum bersedia untuk diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi hanya teman rapat, Bella Dowanna elak cinta lokasi 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Dowanna pernah ‘dipijak’ - “Setiap orang ada ujian masing-masing”

"Apa yang boleh dikata adalah kita sekarang sedang sibuk dengan persiapan konsert Mahalini pada awal Mei nanti," ujarnya. 

Dalam masa sama, Bella mengakui dia berasa takut untuk memulakan kerjaya ini namun mengambilnya sebagai satu cabaran. 

"Sebenarnya saya takut juga masuk dalam industri ini. Tetapi saya percaya dengan rezeki dan akan cuba buat yang terbaik. 

"Ini satu cabaran, dan saya yakin lama-kelamaan akan biasa dengan kerjaya baru ini. Saya janji akan berikan yang terbaik untuk penonton," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain