MENJAWAB spekulasi yang tular, pelakon Bella Dowanna mengesahkan hubungannya bersama aktor Zarif Ghazzi hanyalah sekadar rakan sekerja.Tidak mempunyai sebarang jalinan istimewa, Bella, 23, menjelaskan hubungan akrab itu bermula selepas kedua-duanya membintangi drama Abang Imam Minah Skuter yang disiarkan di Viu tahun lalu. "Saya selesa berkawan dengan Zarif kerana sepanjang penggambaran drama itu, kami banyak menghabiskan masa bersama. Hubungan kami akrab mungkin kerana saya teraju utama dan Zarif pula hero drama itu.Hubungan mereka menjadi rapat selepas drama Abang Imam Minah Skuter."Saya dapat merasakan keserasian kami agak kuat kerana karakter saya dalam drama itu 'gila-gila', tetapi tidaklah sampai membawa kepada cinta lokasi," katanya kepada mStar. Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single Satu Syawal dendangan The Fabulous Cats, di sini, semalam.Malah kata Bella, dia dan Zarif juga jarang berhubung melalui aplikasi Whatsapp lagi-lagi selepas penggambaran tamat. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Dowanna pernah ‘dipijak’ - “Setiap orang ada ujian masing-masing”ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna geram rakan baik dihina isu wang, dedah Muntazar Ghufran jadi balaci bekas tunang - “Dalam akaun bank kau ada RM50,000 ke?”"Saya hanya kongsi video-video lawak sahaja dekat TikTok dengan Zarif. Sebolehnya saya cuba elakkan cinta lokasi kerana kita mahu bekerja lama dalam industri ini."Kalau apa-apa berlaku, kita mungkin akan berjumpa semula dengan orang yang sama. Jadi bagi saya ia tidak profesional jika timbul masalah," ujarnya. Ditanya bagaimana dia mengelak daripada terjebak dengan cinta lokasi, Bella berkata semuanya bergantung kepada niat dan kekuatan diri seseorang pelakon."Cinta adalah perasaan yang sukar dielakkan, tetapi kita boleh cuba menahan diri.Bella cuba menolak kontroversi cinta lokasi. "Anggaplah apa yang kita lakukan itu sebagai kerja dan niat dari awal bahawa semuanya dilakukan demi profesionalisme."Tapi semuanya bergantung pada diri sendiri juga. Kalau iman kuat, kuatlah," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube