BIMBANG peminat kecewa dengan ketidakhadirannya di sebuah acara di Putrajaya, pelawak Saiful Apek tampil menjelaskan salah faham yang berlaku melibatkan pihak penganjur dan orang perantara.Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, percaya isu berkenaan berlaku disebabkan kesilapan komunikasi mengenai penglibatannya dalam sebuah persembahan bersama anggota kumpulan Senario. “Saya tak tahu kesilapan komunikasi itu berlaku di mana, tapi saya minta maaf dari pihak saya sebab perkara ini sebenarnya sudah dijelaskan dari awal lagi.Saiful bimbang peminat yang hadir akan kecewa.“Masa sidang media sudah keluar poster yang memaparkan saya bersama rakan-rakan Senario akan membuat persembahan di acara Anjung Syawal Putrajaya pada 15 Mac ini.“Kalau ikutkan masa sidang media itu, gambar saya sudah dikeluarkan. Namun baru-baru ini ada lagi hantaran yang memaparkan gambar saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam pada itu, Saiful menjelaskan dia sebenarnya sudah memaklumkan lebih awal kepada pihak penganjur bahawa dirinya tidak dapat menyertai acara berkenaan atas sebab-sebab tertentu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajib berbuka dengan bubur lambuk, Saiful Apek sudah terbiasa sejak kecil... Tak perlu cari makanan di bazar RamadanARTIKEL BERKAITAN: [V] Saiful Apek bukan ditahan, hanya salah faham bengang kena kutuk“Sebenarnya dari awal lagi saya sudah maklumkan tidak dapat bersama atas sebab-sebab tertentu.“Memang ada orang perantara, tetapi orang itu sudah memaklumkan kepada saya bahawa dia telah memberitahu pihak penganjur yang saya tidak dapat bersama.“Jadi saya sendiri tidak pasti di mana berlaku kesilapan komunikasi itu,” ujarnya.Pada masa sama, Saiful turut memohon maaf kepada pengunjung yang mungkin hadir dengan harapan untuk melihatnya membuat persembahan di acara tersebut.Saiful harap penganjur bertanggungjawab dengan salah faham yang berlaku.Dia juga berharap pihak penganjur bertanggungjawab terhadap kesilapan yang berlaku itu.“Saya minta maaf kepada pengunjung yang datang sebab saya tak mahu berlaku salah faham apabila mereka tahu saya ada, tetapi akhirnya saya tiada di sana.“Jadi saya rasa pihak penganjur Anjung Syawal perlu bertanggungjawab dalam isu ini.“Untuk acara itu, saya memang tidak bersama, cuma ada sahabat-sahabat lain yang akan membuat persembahan,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube