suria

Ramai sayangkan arwah, Amyza Aznan terharu individu tidak dikenali bayar badal umrah untuk Andre Mikhail

Amyza terharu dengan kebaikan orang ramai terhadap arwah anaknya.

PELAKON Amyza Aznan tidak menyangka ramai yang menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya, Allahyarham Andre Mikhail, menerusi pelbagai perbuatan yang menyentuh hati.

Malah, Amyza, 50, berkata dia terkejut apabila ada individu yang sanggup mewakafkan wang bagi tujuan ibadah badal umrah buat anaknya itu.

“Andre Mikhail, apa amalan kamu? Ramai yang sayang dan mendoakan.

Amyza tak dapat menahan sebak dengan kebaikan orang ramai.

“Daripada orang yang kenal sehingga orang yang mummy tidak pernah kenal telah mewakafkan umrah buat Andre Mikhail,” katanya.

Amyza berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Dalam video berkenaan, Amyza dilihat tidak dapat menahan sebak memeluk seorang wanita yang mewakafkan sekotak buku surah Yasin atas nama Andre. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cara jalan berubah, kaki bengkak... Berat badan anak Amyza Aznan makin susut sejak disahkan kanser tulang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Arwah anak sempat sarung baju raya warna kuning, Amyza Aznan sebak kenang persiapan terakhir bersama

Hatinya tersentuh apabila orang yang tidak dikenali berbesar hati melakukan kebaikan buat anaknya itu. 

“Hari ini insan yang tak pernah mummy kenal mewakafkan surah Yasin atas nama awak,” luahnya.

Untuk rekod, Andre, 20, menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain