suria

Muncul hanya 10 saat, netizen desak Song Ji Hyo tinggalkan Running Man

Ji Hyo masih berdiam dari membuat sebarang kenyataan.

PELAKON Song Ji Hyo sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas kemunculannya dalam rancangan Running Man didakwa terlalu singkat. 

Dalam episod yang disiarkan pada 8 Mac lalu, masa kemunculan solo pelakon itu dilaporkan hanya sekitar 10 saat daripada keseluruhan rancangan yang berdurasi hampir 90 minit.

Perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton yang mempersoalkan tahap penglibatannya sebagai ahli tetap program berkenaan.

Ji Hyo tenang berdepan dengan segala kecaman.

Sebahagian netizen meluahkan rasa kecewa dan menganggap pelakon tersebut kurang menyerlah berbanding ahli lain, malah ada yang mencadangkan supaya dia mempertimbangkan untuk meninggalkan program berkenaan.

Namun isu mengenai kemuculan Ji Hyo dalam rancangan itu sebenarnya bukan perkara baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Ji Hyo takut bawa watak dalam filem Intruder - “Memang jauh berbeza dengan imej saya sebagai pelakon”

ARTIKEL BERKAITAN:  Song Ji Hyo sebak terpaksa berpisah dengan Lee Kwang Soo selepas 11 tahun

Pada tahun 2023, dia juga pernah menerima kritikan kerana dilihat kurang aktif dalam permainan serta perbualan yang biasanya menjadi elemen utama hiburan dalam program tersebut.

Bagaimanapun, Song Ji Hyo sebelum ini menegaskan dia tidak bercadang meninggalkan rancangan tersebut kerana masih menyayangi program yang disertainya sejak 2010 itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain