Netizen mengecam tindakan pelakon tergamak menjual barangan preloved seperti seluar dalam dan tuala mandi.
ISU seorang artis yang didakwa menjual barangan terpakai (preloved) termasuk seluar dalam anak dan tuala mandi terpakai menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.Perkara itu mula tular selepas seorang pengguna Threads menggunakan akaun @cameliamiranti memuat naik hantaran yang menegur trend artis menjual barangan terpakai yang dianggap terlalu peribadi. Menurutnya individu berkenaan, terdapat seorang artis yang menjual pelbagai barangan preloved termasuk pakaian kanak-kanak sehingga seluar dalam yang pernah dipakai.Nama Sharena dikaitkan dengan isu jualan preloved seluar dalam anak.Dia turut mendakwa seluar dalam kanak-kanak itu kelihatan sudah kekuningan dipercayai akibat kesan penggunaan bersama lampin.“Ada artis jual preloved, sampai seluar dalam bekas anaknya pun dijual semula. Malah getah rambut yang sudah longgar pun dijual lagi. Macam mana boleh jadi macam itu?," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Coli hitam Zarina Anjoulie dibida pada harga RM5,800, identiti pembeli dirahsiakanARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah mahu jual tuala ‘preloved’ pula, bagi amaran lelaki miang... Dedah sudah 4 tahun tak disentuhDalam pada itu, netizen mula membuat spekulasi mengenai identiti artis yang dimaksudkan.Sebahagian daripada mereka mendakwa individu berkenaan ialah pelakon Indonesia Sharena Delon, isteri kepada pelakon Ryan Delon.Sharena sebelum ini diketahui mempunyai akaun Instagram khas yang digunakan untuk menjual barangan preloved miliknya.Di sebalik kritikan tersebut, akaun Instagram @prelovedbysharena pula mengumumkan bahawa semua barangan yang dijual telah habis terjual dan memadam semua foto barangan jualan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube