suria

Azlan Komeng, Nilam Ortiz sah bercerai... Kekal berkawan demi anak

Nilam dan Azlan kini bawa haluan masing-masing.

PASANGAN selebriti Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz mengesahkan mereka kini sudah sah bercerai.

Nilam bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh serta punca perpisahan mereka, namun menegaskan ia bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Bukan kerana orang ketiga, tetapi biasalah dalam perkahwinan ada perkara yang kami sendiri tidak boleh jelaskan kepada umum,” katanya seperti dipetik Astro Gempak.

Nilam sudah selesai jalani idah.

Menurut Nilam, mereka sepakat untuk berkongsi khabar tersebut kepada umum bagi mengelakkan sebarang fitnah, memandangkan dia juga sudah tamat menjalani tempoh idah.

Walaupun tidak lagi bersama sebagai suami isteri, Nilam mengakui hubungannya dengan Azlan masih baik dan fokus utama mereka adalah untuk anak-anakz  

“Soal bila kami bercerai, biarlah saya dan abang Lan (Azlan) saja yang tahu. Cukup sekadar masyarakat tahu yang kami sudah berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN:  Nilam Ortiz beri bayangan berpisah…”Saya dan Azlan Komeng sepakat teruskan kehidupan di jalan berbeza”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh nak fake perasaan sekarang” – Nur Nilam Ortiz tolak tawaran berlakon watak wanita bahagia

“Hubungan kami juga dalam keadaan baik dan ketika ini kami memilih untuk menjadi ibu bapa yang baik buat anak kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan perceraian mereka hanyalah strategi pemasaran bagi melariskan produk.

Tambah Nilam, dia kini lebih berhati-hati dan memilih untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial.

Nilam dan Azlan mempunyai seorang cahaya mata bersama.

“Kalau ini marketing, saya tidak akan buat hantaran selepas habis tempoh idah, sebaliknya akan dibuat sebelum kami bercerai lagi.

“Tetapi saya belajar daripada kesilapan dan mengambil langkah untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial. Saya kini lebih berwaspada dalam setiap hantaran yang dibuat,” katanya.

Untuk rekod, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai KJ.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain