suria
mStar - Urban.Versatil

“Tak boleh nak fake perasaan sekarang” – Nur Nilam Ortiz tolak tawaran berlakon watak wanita bahagia

Nilam tolak tawaran watak wanita baik.

PELAKON dan usahawan, Nur Nilam Ortiz mendedahkan dia menerima banyak tawaran lakonan selepas lama menyepi daripada industri seni.

Menurut Nilam, dia mengambil keputusan untuk berhenti berlakon sebaik sahaja mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga aktor Azlan Komeng. 

“Aku dah lama tak shooting sejak kahwin dengan Komeng, memang aku berhenti terus.

Luahan Nilam jadi perhatian.

“Tapi sejak akhir ini ada beberapa produksi hubungi dan tawarkan watak untuk berlakon balik. Ada yang okay sebenarnya,” katanya menerusi satu hantaran di Threads. 

Bagaimanapun, Nilam menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana kebanyakan watak yang diberikan memerlukan dia membawakan karakter wanita bahagia.

Menurutnya, dia merasakan watak sedemikian tidak sesuai dengan keadaan dirinya ketika ini kerana tidak mahu berpura-pura dalam menzahirkan emosi.

“Tapi bila baca skrip kebanyakannya watak perempuan bahagia. Entah kenapa rasa macam tak kena dengan diri aku sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bantu kerana mampu, bukan menunggang kisah sesiapa” - Nur Nilam Ortiz

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng, Nilam Ortiz dah dapat anak sulung... Ada sebab rahsiakan kehamilan

“Bukan tak nak, cuma mungkin belum masanya lagi sebab aku tak boleh nak fake perasaan sekarang,” luahnya.

Untuk rekod, Nilam mendirikan rumah tangga bersama Azlan pada Januari 2022. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain