suria
mStar - Urban.Versatil

Peti suara bengkak, Aweera stres dikecam tak boleh nyanyi nada tinggi... ‘Berperang’ dengan diri sendiri

Aweera jalani pemeriksaan peti suara.

PENYANYI Aweera mendedahkan dia pernah mengalami depresi susulan kecaman sesetengah pihak yang mempersoalkan kemampuan vokalnya ketika membuat persembahan.

Menerima setiap kritikan dengan hati terbuka, Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 36, bagaimanapun mengakui bukan mudah baginya berdepan situasi sebegitu.

"Saya akui dikecam teruk sampai alami depresi. Saya hadap seorang diri dan berperang dengan diri sendiri.

Luahan Aweera di Instagram. 

"Saya terima dengan hati terbuka atas komen-komen anda semua sebelum ini. Saya syukur Allah kurniakan anugerah suara untuk saya dan tahu kelemahan serta kelebihan vokal sepanjang kerjaya nyanyian.

"Saya menyanyi pun bukan setahun dua. Segala komen atau kecaman saya ambil yang baik-baik sahaja," katanya.

Aweera menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram bagi menjelaskan situasi sebenar kesihatan dirinya yang berdepan masalah suara.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun palsu guna nama Aweera, pelik sebab maki diri sendiri… “Cakap dengan peguam saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Benang putih keluar daripada pusat, Aweera terkena gangguan sihir... Rasa malas nak kerja

Tambahnya, antara kecaman yang diterima adalah ketidakupayaan membawa lagu bernada tinggi selain sering menghulurkan mikrofon kepada penonton sebagai cara mengelak daripada menyanyi.

Penyanyi itu memberitahu dia sudah menjalani pemeriksaan dan tiada sebarang masalah serius sehingga dia perlu menjalani pembedahan.

"Syukur selepas buat pemeriksaan, tiada yang serius dan tak perlu dibedah. Cuma peti suara agak bengkak.

Aweera sentiasa mahu berikan yang terbaik buat peminat. 

"Saya minta maaf kalau persembahan sebelum ini agak kurang memuaskan," jelasnya.

Aweera pada masa sama menjelaskan dia sentiasa mahu memberi yang terbaik buat peminat setiap kali tampil membuat persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain