KUMPULAN The Fabulous Cats kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan melancarkan lagu raya terbaharu berjudul Satu Syawal.Kata penyanyi utamanya, Cat Farish, 52, Satu Syawal bukan sekadar karya raya biasa, tetapi mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana telah dicipta sejak tahun 2014 oleh anggota The Fabulous Cats bersama komposer, Adeeb. "Lagu ini ada nilai sentimental kepada kami apabila ada rakan seperjuangan yang pernah terlibat dalam pembikinannya termasuk arwah Lok Yu, Kelly serta Abang Aji.Lagu tersebut dibuat pada 2014. "Dari segi penceritaan pula, Satu Syawal membawa mesej yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat masa kini iaitu tentang bagaimana kesibukan mengejar kerjaya membuatkan ramai terlupa untuk menoleh ke belakang dan menghargai keluarga."Ia juga menyentuh sikap segelintir individu yang sering menangguhkan kepulangan ke kampung tanpa menyedari bahawa ada insan yang mungkin berkecil hati," katanya. Cat berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu tersebut di Seeds Premier Hotel, Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Khamis. Tambah Cat, pelancaran lagu tersebut juga memberikan petanda yang The Fabulous Cats sudah bersedia untuk kembali ke persada seni muzik tempatan.ARTIKEL BERKAITAN: Anak tanya soalan sensitif, Maryam bijak bagi jawapan… “Macam mana omma dapat Rina?”ARTIKEL BERKAITAN: Sejadah keluaran syarikat milik Neelofa cetus kontroversi, netizen dakwa mirip kepala kambing"Kami bukanlah mahu aktif 'gila-gila' sangat, tetapi lebih percaya kepada rezeki. Ruffedge masih ada lagi, Alyah juga ada projek lagu solo baharu dan Adeep dengan komitmennya di belakang tabir. "Pada masa sama, usia kami pun makin matang dan bila sudah ada peluang terbaik untuk kembali rakam lagu bersama, mengapa tidak?," ujarnya. Penganjuran majlis pelancaran ini diterajui oleh Beatus Live selaku penganjur utama dengan sokongan rakan strategik iaitu Big Work, Ruby F&B, Luncai Emas dan Loket MY yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan acara pelancaran ini.Bella Dowanna (tengah) sedang merancang beberapa projek istimewa untuk The Fabulous Cat. Pengarah Beatus Live Bella Dowanna berkata, kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam menghubungkan elemen muzik, kreativiti dan penceritaan yang dekat dengan masyarakat.“Kami di Beatus Live melihat projek ini bukan sekadar pelancaran sebuah lagu raya, tetapi sebagai platform untuk menghasilkan karya yang mempunyai nilai emosi dan cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat.“Kerjasama bersama The Fabulous Cats ini juga tidak akan terhenti di sini, malah kami sedang merancang beberapa projek istimewa yang bakal diumumkan pada masa akan datang,” kata Bella.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube