suria

Anak tanya soalan sensitif, Maryam bijak bagi jawapan… “Macam mana omma dapat Rina?”

Telatah Maryam (kiri) dan Rina mencuri perhatian ramai.

PELAKON dan personaliti media sosial, Maryam You Narae mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bersama anak pertamanya, Rina.

Maryam, 34, ditanya oleh Rina, 5, bagaimana dia hadir dalam hidup dan jawapan jujur serta penuh kasih sayang itu telah mendapat pujian ramai.

"Macam mana dapat Rina? Omma (panggilan Maryam) doa kepada Allah. Allah tolonglah saya jumpa Rina. 

"Omma kahwin dengan appa (panggilan Rizal). Omma memang nak Rina, omma tak minta nak Malaika, Khadijah atau Fadli (sekadar menyebut nama lain). 

Netizen teruja mendengar jawapan bijak daripada Maryam.

Netizen teruja mendengar jawapan bijak daripada Maryam.

"Omma hanya minta nak Rina. Selepas itu omma minta Rian. Omma sayang Rina dan Rian," katanya. 

Maryam berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. 

Dalam pada itu, Maryam turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki Rina sebagai cahaya mata. 

Baginya, kehadiran Rina adalah antara perkara paling membahagiakan dalam hidup. 

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam bukan sombong diajak bergambar, utamakan keselamatan anak di tempat awam

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki

"Mungkin omma (panggilan Maryam) memang dilahirkan untuk jumpa Rina. Terima kasih kerana memilih omma sebagai ibu kamu. 

"Sejak omma jumpa seseorang lebih berharga daripada nyawa sendiri, setiap hari bersama kamu (Rina) adalah perkara paling bahagia dalam hidup omma," ujarnya. 

Perkongsian penuh keikhlasan ini meraih pujian netizen yang kagum dengan cara Maryam menjawab soalan anaknya dengan bijak dan penuh didikan. 

Maryam (kiri) bersyukur dengan kehadiran Rina sebagai cahaya mata.

Maryam (kiri) bersyukur dengan kehadiran Rina sebagai cahaya mata.

"Bukan senang nak jawab soalan dengan budak cerdik (Rina) ni tapi mak (Maryam) dia pun cerdik untuk jawab dengan jawapan sesuai. 

"Rina cerdik sebab Maryam pun cerdik. Ini adalah salah satu cara mendidik anak tentang hubungan manusia dengan Allah," tulis netizen. 

Untuk rekod, Maryam mendirikan rumah tangga dengan Ryzal Ibrahim pada 17 Ogos 2019 di Korea Selatan. 

Selain Rina, pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Nik You Rian yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain