suria

Arwah anak sempat sarung baju raya warna kuning, Amyza Aznan sebak kenang persiapan terakhir bersama

Amyza dan keluarga buat persiapan lebih awal berbanding tahun lalu.

PELAKON Amyza Aznan meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan persiapan sambutan Aidilfitri tahun ini yang dibuat lebih awal berbanding kebiasaan demi anak tersayang.

Menurut Amyza, 50, sepanjang hidupnya mereka sekeluarga tidak pernah membeli baju raya terlalu awal kerana selalunya persiapan dibuat pada saat akhir.

“Sepanjang hayat dia, tak pernah lagi kami beli baju raya awal. Selalunya lagi dua atau tiga hari nak raya baru beli, memang ‘last minute’,” katanya kepada mStar.

Air mata Amyza gugur setiap kali berkongsi kisah arwah anak. 

Bagaimanapun, tahun ini mereka mengambil keputusan membuat persiapan lebih awal kerana keadaan kesihatan Allahyarham Andre Mikhail yang tidak mengizinkan pada tahun lalu.

“Jadi tahun ini kami lakukan persediaan awal sebab tahun lepas dia tak sihat. Dia cakap dia nak baju Melayu warna kuning. Semua dah siap, warna raya kedua ‘rich brown’ dan raya ketiga hitam. Kami beli seminggu sebelum puasa,” ujarnya.

Tambahnya lagi, arwah sempat menyarung baju Melayu berwarna kuning seperti yang dihajatinya, namun tidak berpeluang mencuba pakaian lain kerana sudah tidak berdaya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cara jalan berubah, kaki bengkak... Berat badan anak Amyza Aznan makin susut sejak disahkan kanser tulang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hantar mesej setiap hari, selimut Spiderman jadi peneman... Amyza Aznan perit tanggung rindu pada arwah anak

Kini, baju raya tersebut masih tersimpan rapi dan Amyza mengakui dia belum bersedia untuk melihatnya semula.

“Arwah sempat sarung ke badan dia baju warna kuning. Yang lain-lain tak sempatlah sebab dia dah tak larat. Tapi dia tengok adik-adik dia yang lain pakai.

“Sekarang baju raya itu tak tahu nak buat macam mana. Nak keluarkan dari beg pun tak sanggup. Tak tahu nak pakai ke tidak, masih tak tahu,” luahnya.

Amyza sudah siapkan baju raya buat Andre. 

Tambahnya lagi, kehilangan tersebut memberi tamparan hebat buat dirinya sebagai seorang ibu.

“Sudah tentulah rasa sedih. Kita anak kena gigit nyamuk pun cari satu rumah, jaga anak itu. 

“Saya tak pernah jauh dengan anak. Ini tiba-tiba jauh yang tak jumpa lagi,” katanya sebak.

Untuk rekod, Andre, 20, menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain