suria

Lulusan undang-undang UM, Adrianna Ghaffar pilih fokus kerjaya seni

Adriana pilih mahu fokus pada bidang seni terlebih dahulu.

PELAKON dan Naib Juara Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar mengambil keputusan untuk menangguhkan kerjaya sebagai peguam bagi memberi fokus kepada bidang seni yang semakin mendapat tempat. 

Menurut Adriana, dia sebenarnya sudah melayakkan diri sebagai peguam, namun buat masa ini memilih untuk tidak mempraktikkan profesion tersebut.

"Saya merupakan graduan lulusan undang-undang (ijazah sarjana muda), selepas itu saya sambung chambering pula sebagai peguam. Jadi saya sebenarnya peguam bertauliah.

Adriana ialah Naib Juara Dewi Remaja 2019.

“Mungkin satu hari nanti saya akan buka firma guaman sendiri, tapi buat masa sekarang tumpuan lebih kepada lakonan dan pengacaraan,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Adriana mengakui pada awalnya dia berasa sedikit gementar untuk melangkah ke dalam dunia industri seni memandangkan bidang tersebut mempunyai cabaran tersendiri.

Bagaimanapun, sokongan keluarga menjadi antara faktor utama yang memberi kekuatan kepadanya untuk terus mengejar minat dalam bidang berkenaan.

“Mula-mula mestilah ada rasa sedikit gentar sebab kita tahu bidang seni ini bukan semua orang ada pengetahuan tentang perjalanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Dewi Remaja Nurel Baharin tak kejar populariti, jadikan Bront Palarae dan Nabila Huda sebagai ‘role model’

ARTIKEL BERKAITAN: Berkerusi roda masuk set penggambaran, Shaza Bae dedah derita migrain dan vertigo sejak remaja

“Pada mulanya mereka (keluarga) ada rasa sedikit gementar bila saya memilih kerjaya ini, tetapi pada masa sama mereka tetap memberi sokongan.

“Alhamdulillah setakat ini dengan sokongan keluarga, saya akan teruskan apa yang saya nak buat dalam industri ini, insya-Allah,” ujarnya.

 

Adriana sudah menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang pada tahun lalu.

Untuk rekod, Adriana merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.

Dalam perkembangan lain, aktres berkenaan kini sedang terlibat dalam sebuah drama serta dua telefilem yang dijangka menemui penonton dalam masa terdekat menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain