suria

Berkerusi roda masuk set penggambaran, Shaza Bae dedah derita migrain dan vertigo sejak remaja

Shaza terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda akibat diserang migrain. Foto Instagram @shazabae_

VIDEO memperlihatkan pelakon Shaza Bae berkerusi roda ketika hadir ke set penggambaran sebuah drama mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Berkongsi mengenai di sebalik rakaman itu, Shaza atau Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 27, berkata, dia terpaksa menggunakan kerusi roda selepas diserang penyakit migrain yang teruk.

Dedah juara Dewi Remaja 2019/2020 ini, dia memang mempunyai sejarah penyakit migrain dan vertigo sejak remaja sehinggakan adakalanya ia berlarutan selama berhari-hari.

"Sejak dua tiga hari ini, memang saya migrain agak teruk.

"Sebenarnya memang sejak remaja lagi saya ada masalah migrain dan vertigo. Biasanya apa yang saya buat untuk lega adalah makan pil tahan sakit," katanya kepada mStar.

Shaza 2

Shaza beritahu sudah mengalami migrain dan vertigo sejak remaja.

Bercakap lanjut mengenai penyakit itu, Shaza berkata, dia sendiri tidak tahu punca dia kerap diserang migrain meskipun sentiasa menjaga kesihatan dengan baik.

Bagaimanapun pelakon itu tidak menolak pemakanan atau tekanan kerja menjadi punca kepada serangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaza Bae pasrah didukung Nadhir Nasar, rasa kelakar baca komen kecaman netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya kenapa pakai coli dekat luar, fesyen Masya Masyitah di Dubai kena kritik - “Apa anda rasa bukan masalah saya”

"Rasanya saya sudah menjalani kehidupan sihat dan jaga pemakanan. Mungkin juga saya sedikit penat kerana terlalu komited terhadap kerja," jelasnya.

Dalam pada itu, Shaza menjelaskan dia tetap hadir ke lokasi penggambaran meskipun dalam kesakitan kerana tidak mahu menganggu jadual penggambaran yang telah ditetapkan produksi.

Dia juga berterima kasih kepada krew produksi yang menyediakan kerusi roda bagi menolaknya dari kereta ke set penggambaran.

Sebenarnya memang sejak remaja lagi saya ada masalah migrain dan vertigo.

SHAZA BAE

PELAKON

"Alhamdulillah, jangan risau... saya baik-baik sahaja walaupun masih terasa sakit.

"Pengurus saya sentiasa berada di sisi untuk memastikan kesihatan saya berada dalam keadaan baik.

"Walaupun menanggung kesakitan, kerja tetap harus diteruskan. Saya tidak mahu menggangu jadual pelakon lain selain kuatkan diri untuk meneruskan penggambaran," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shaza kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Nikah Cerai Rujuk arahan Azman Yahya atau Jinggo dan Sheila Rusly.

Menerusi drama berkenaan, Shaza bergandingan bersama pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Halim Radzi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain