suria

AC Mizal buka stesen TV nak bantu ramai usahawan tempatan, tawar hadiah Ferrari atau wang tunai RM1 juta untuk pelanggan SUKE SHOP

Dato’ AC dan isteri, Datin Emylia Rosnaida mahu membantu seramai mungkin usahawan tempatan.

MUNGKIN rezeki anda menjadi salah seorang pembeli bertuah memenangi kereta mewah jenama Ferrari atau wang tunai RM1 juta dengan setiap pembelian bernilai RM100 menerusi peraduan Suke Menang di SUKE SHOP.

Selain hadiah lumayan itu, SUKE SHOP juga menawarkan baucar bernilai RM10 juta untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli baharu di laman sukeshop.com.

SUKE SHOP merupakan saluran membeli belah secara dalam talian di bawah jenama SUKE TV yang dimiliki oleh pengacara dan pelakon Dato’ AC Mizal.

Mula bersiaran sejak April lalu, SUKE TV bukan sekadar menjanjikan program hiburan menarik, malah ia juga menjadi platform buat usahawan tempatan memasarkan pelbagai jenis produk mereka menerusi SUKE SHOP.

suke 1

Kempen SUKE SHOP menawarkan hadiah lumayan buat pemenang bertuah.

Menerusi platform ini, lebih 20,000 produk dijual dan dihantar terus kepada pelanggan melalui perkhidmatan penghantaran SUKE GO.

Menurut AC, platform SUKE SHOP ini diyakini dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada ekosistem dalam industri.

"SUKE TV dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Ia akan ke udara 24 jam dengan menawarkan pengalaman hiburan dan pembelian.

"SUKE TV bukan sekadar mudah dihubungi tetapi juga didekati. Kami ingin membantu warga tempatan dengan menyediakan asas untuk peniaga kecil-kecilan dan PKS melalui SUKE SHOP.

suke 3

Dato’ AC ketika majlis pelancaran SUKE SHOP baru-baru ini.

"Sebagai permulaan, platform ini akan membawa ratusan selebriti, usahawan, pempengaruh termasuklah peniaga kecil-kecilan bagi mengembangkan lagi sasaran jualan produk mereka kepada pelanggan," katanya.

Dalam pada itu, AC juga berkongsi mengenai perancangan SUKE TV yang sentiasa optimis dalam menghasilkan rancangan bersesuaian dengan selera penonton tempatan.

Malah, mereka merancang untuk menghasilkan lebih banyak pengisian serta original content untuk ditayangkan di saluran TV serta medium on-the-go.

Untuk maklumat lanjut mengenai SUKE TV dan produk berkaitan boleh layari www.suketv.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain