suria

[VIDEO] Raihan pun ikut trend tonton video ‘syulit’, ajak peminat tengok konsert... “Selepas ini semakin sulit adik-adik semua melupakan abang Raihan”

Raihan turut menonton video 'syulit' yang sedang tular di media sosial.

NYANYIAN seorang gadis Indonesia yang menyebut baris lirik berbunyi 'syulit (sulit) melupakan Reyhan' turut mendapat perhatian kumpulan nasyid popular Raihan.

Khusyuk menyaksikan video yang dimuat naik di laman Tiktok itu, anggota Raihan sempat berjenaka dengan mengajak peminat untuk menyaksikan konsert mereka yang bakal berlangsung pada 26 November depan.

"Siapa yang begitu 'syulit' melupakan Raihan, jom kita saksikan Konsert Garis Masa Raihan.

Raihan 2

Raihan bakal mengadakan konsert pada 26 November depan.

"Insya Allah selepas ini semakin sulit adik-adik semua untuk melupakan abang-abang Raihan," kata kumpulan itu di Instagram.

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Demi Masa itu tidak ketinggalan mengikut trend terkini laman sosial di mana menunjukkan mereka seolah-olah terpegun menyaksikan video nyanyian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak cantik, tak bergaya” - Sedar diri tiada pakej setanding penyanyi lain, Najwa Latif tolak sertai pertandingan nyanyian

ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tempah satu pesawat bawa staf bercuti, ramai tawar diri ikut sama...“Abang, banyak lagi seat kosong”

Sebelum ini, gadis yang dikenali dengan nama Intan Lembata Bunting itu tular apabila dia memuat naik video nyanyian lagu berjudul Cukup Dikenang Sahaja.

Dalam video berkenaan, Intan mengubah salah satu lirik lagu itu dengan menyebut nama Reyhan sebagai gambaran seorang lelaki yang pernah hadir dalam mimpinya.

Bukan sahaja ramai yang mengikuti trend terpesona menyaksikan nyanyian Intan malah sebutan perkataan 'syulit' juga menjadi ikutan ramai.

BP

Raihan khusyuk menonton video 'syulit'.

Sementara itu, Konsert Garis Masa Raihan akan diadakan Stadium Melawati, Shah Alam dan ramai melahirkan rasa gembira dengan pengumuman konsert itu terutamanya dalam kalangan mereka yang membesar dengan lagu-lagu ketuhanan kumpulan berkenaan.

Untuk rekod, Raihan pernah mecetuskan fenomena apabila menerima 17 trofi di Anugerah Industri Muzik (AIM) selain album Puji-Pujian terjual lebih 1.5 juta unit pada 1997.

Album berkenaan mencatatkan sejarah sebagai penjualan album tertinggi di Malaysia.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert kumpulan Raihan, tiket boleh didapati menerusi di www.ticket2u.com.my

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain