suria

Ahmad Idham tegur kumpulan Ubi persenda Yoe Parey, minta pelawak jangan guna OKU modal komedi

Ahmad Idham tegur kumpulan Ubi yang menjadikan OKU sebagai modal lawak.

PELAKON dan pengarah Ahmad Idham kesal apabila golongan kurang upaya (OKU) dijadikan sebagai bahan jenaka kumpulan Ubi ketika persembahan akhir di pentas Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3), Jumaat lalu.

Ahmad Idham, 48, berkata, lawak menggunakan golongan OKU sebagai bahan sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat termasuk pelawak ketika mengadakan persembahan pentas.

"Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah prograk komedi menampilkan satu kumpulan melakonkan watak seorang anak istimewa, Yoe Parey yang telah didiagnos dengan masalah pembelajaran.

"Saya melihat budaya menjadikan anak istimewa sebagai bahan lawak sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita.

289050303_1196777484492900_3833355244330936398_n

Ahamd Idham bergiat aktif perjuangkan hak anak-anak istimewa.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menegur sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada adik-adik di dalam industri hiburan," katanya.

Ahmad Idham berkata demikian menerusi hantaran sebuah video di Instagram miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 4 bulan berkhidmat, Wisma Putra gugurkan Ahmad Idham, Eizlan... Didakwa melobi bertanding PRU-15

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Eizlan tak dapat gaji satu sen pun... Ahmad Idham tertanya-tanya kenapa 'dibuang'?... Dua selebriti anggap Menteri tak 'gentleman' tamatkan kontrak tanpa sebab

Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata, sebagai bapa yang mempunyai anak istimewa membuatkan dia berasa kecewa apabila kekurangan golongan ini dijadikan bahan ketawa sebagai hiburan.

"Jauh di sudut hati ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak-anak istimewa ini dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang lain.

Rasa kecewa kekurangan anak-anak istimewa dijadikan bahan lawak.

AHMAD IDHAM

PELAKON & PENGARAH

"Saya dapat keluhan ini daripada ibu bapa lain ketika mengadakan program dan jelajah dibawah hab pendidikan khas saya," ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Idham berharap pelawak di negara ini menghentikan menggunakan OKU sebagai bahan lawak kerana dibimbangi menjadi ikutan anak muda sekaligus membuatkan penonton terpengaruh dengan perbuatan sama.

"Harapan saya agar kita tidak terus membudayakan perkara-perkara sebegini kerana ia akan mempengaruhi anak-anak muda untuk turut sama melakukan perkara serupa.

Ahmad Idham minta golongan OKU disantuni dan dihormati.

"Semoga kita semua dapat memainkan peranan untuk membentuk satu komuniti positif yang saling menyokong antara satu sama lain tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak secara langsung atau sebaliknya," katanya.

Untuk rekod, Ahmad Idham turut bergiat aktif sebagai aktivis memperjuangkan hak anak-anak istimewa selain turut menubuhkan sebuah sekolah khas dengan sistem pendidikan serta terapi bertaraf antarabangsa untuk anak-anak OKU.

Sekolah tersebut yang dinamakan bersempena anaknya yang juga OKU autisme, Eden Firdaus Special Need Centre yang beroperasi di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain