suria

Isu jual rumah artis RM10 calar imej Noraniza Idris, jejas jualan tiket Konsert Malai Solo

Noraniza terpaksa menangguhkan konsert Malai Solo kerana beberapa masalah.

PENYANYI Noraniza Idris tidak menolak penangguhan konsert Malai Solo yang sepatutnya berlangsung Oktober ini ada kaitan dengan isu projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

Noraniza, 54, berkata, disebabkan isu tersebut semua perancangan konsert itu terganggu termasuklah menjejaskan penjualan tiket selain imej dan kredibilitinya tercalar.

"Selepas kes itu tular di media sosial, ia menganggu gerak kerja kami... bukan sahaja daripada segi persediaan konsert tetapi penjualan tiket turut terjejas.

"Sudahlah genre irama Malaysia terkapai-kapai nak naik, macam mana saya nak mengangkat muzik ini jika dikecam orang ramai?

kak ani

Noraniza kesal dengan apa yang berlaku.

"Imej saya juga tercalar, jadi saya terpaksa memberhentikan promosi Malai Solo serta merta," katanya kepada mStar.

Noraniza berkata demikian ketika sidang media khas berhubung isu pembabitannya dengan projek yang menawarkan rumah untuk penggiat seni anjuran sebuah syarikat pemaju dengan harga RM10.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tangguh Konsert Malai Solo, risau PRU15 makin dekat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah ‘sign’ sebarang perjanjian... Noraniza Idris jawab isu penipuan penjualan rumah artis RM10

Terdahulu, Noraniza menerusi kenyataan media memaklumkan menangguhkan konsert itu ke satu tarikh lain disebabkan beberapa faktor termasuk kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan pada bulan tersebut.

Tidak hanya itu, ketiadaan pengarah muzik, Datuk Ramli MS yang terikat dengan program Gegar Vaganza (GV) turut menjadi punca konsert itu ditangguhkan.

Konsert Malai Solo sepatutnya berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober ini dan bakal menjadi persembahan terakhir ratu irama Malaysia sebelum bersara.

kak ani1

Penyanyi ini mengakui imejnya tercalar gara-gara isu viral.

Meskipun terkilan konsert itu terpaksa ditangguhkan, Noraniza berkata, dia tetap memandang positif terhadap apa yang berlaku selain percaya ada hikmah di sebalik dugaan.

Ini termasuklah katanya, dia mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan termasuk menunggu sehingga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS selesai dengan tugas di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

"Penangguhan ini membolehkan saya membuat persiapan lebih rapi tambahan pula Tok Ram (Ramli MS) tidak dapat memberikan komitmen kerana terlibat dengan program lain.

"Saya tetap mahukan Tok Ram dan mungkin perkara yang berlaku ini ada hikmat untuk konsert Malai Solo," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain