suria

Ainina Ahmad B lepas rindu peluk 'anak syurga', belum sanggup makan bubur lambuk kegemaran Elisya 

Ainina luah rasa rindu terhadap anaknya.

PELAKON Ainina Ahmad B berkongsi luahan menyentuh hati selepas bertemu seorang kanak-kanak istimewa yang memiliki wajah serta fizikal hampir menyerupai anaknya, Allahyarham Nur Ara Elisya.

Malah menurut Ainina, 56, momen memeluk kanak-kanak perempuan itu menjadi pelepas rindu buatnya meskipun berlaku secara spontan dan dalam tempoh singkat.

"Allah Maha Baik, Dia tahu saya rindu nak peluk anak syurga saya. Tiba-tiba hadir bidadari syurga depan mata saya. Ya Allah, memang seakan sama, terutama badan dia.

Ainina sebak apabila dapat berjumpa dengan kanak-kanak yang seiras dengan anaknya.

Ainina sebak apabila dapat berjumpa dengan kanak-kanak yang seiras dengan anaknya (kanan). 

"Saya senyum, lambai, cium dari jauh sahaja kemudian berlalu pergi. Disebabkan rasa tak puas usik dia, saya patah balik ke tempat tadi. Tapi tidak pergi dekat sebab segan dengan keluarga dia.

"Memang nak nangis ketika itu sebab saya dapat peluk dia macam mana peluk anak syurga saya. Terima kasih Ya Allah dan ibu kepada budak tersebut kerana izinkan. Lepas sedikit rindu pada anak syurgaku, Elisya," katanya.

Ainina menulis luahan tersebut dalam satu hantaran di Instagram pada Sabtu, berserta gambar kenangan bersama kanak-kanak perempuan berkenaan.

ARTIKEL BERKATIAN: Terjawab! Ainina Ahmad B mengaku minta nama dikeluarkan sebagai penerima zakat selepas anak istimewa meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Anak istimewa Rahmad Mega ceria sambut ‘birthday’ ke-16 lima hari lalu, arwah tak pernah mengeluh tentang derita sakit… "Sampai masa untuk pergi, kami rela melepaskan"

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan anak sulungnya, Nur Arieana, berada di sebuah pusat membeli-belah bagi menikmati juadah berbuka puasa.

Berkongsi lanjut tentang perasaan rindu terhadap Elisya, pelakon ini memberitahu dia masih belum sanggup membeli atau menikmati makanan kegemaran Allahyarham.

"Ini tahun pertama kami berpuasa berdua. Nampak macam tidak ada apa-apa, tapi saya sibuk dengan kerja dan anak pertama pula ada kelas belajar. Ini baru ada masa nak berbuka luar bersama.

Elisya (tengah) disahkan meninggal dunia pada 22 Jun tahun lalu. 

"Rasa lain seperti sedih semua ada. Cuma kena kuatkan diri juga. Banyak perkara yang Elisya suka, macam makan bubur lambuk setiap kali puasa, tapi walaupun kami teringin, tak sanggup untuk beli.

"Sehari dua yang lepas ini memang rindu sangat dengan dia. Video-video dengan dia peneman saya waktu sahur," luahnya.

Untuk rekod, Elisya meninggal dunia pada 22 Jun 2025.

Allahyarham merupakan anak hasil perkongsian hidup Ainina bersama bekas suaminya, iaitu penyanyi Rahmad Mega.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain