suria

Azlan Komeng sah bebas muflis, saman terhadap Cik Pia diteruskan

Nilam dan Azlan seakan lega keputusan mahkamah memihak pada mereka.

PELAKON Azlan Komeng berjaya mendapatkan perintah mahkamah menolak permohonan jaminan kos berjumlah RM75,000 yang difailkan usahawan Norsufia Johari atau Cik Pia.

Keputusan mahkamah yang diumumkan pada 5 Mac sekali gus mengesahkan Azlan bebas daripada status muflis dan secara tidak langsung menamatkan spekulasi berkaitan dirinya sebelum ini.

Dalam masa sama, mahkamah memberi kebenaran kepada Azlan selaku plaintif untuk memulakan prosiding komital terhadap Cik Pia.

Azlan dan Nilam bakal teruskan tindakan undang-undang.

“Kami percaya bahawa setiap perkara harus diselesaikan melalui proses undang-undang yang adil dan telus.

“Keputusan mahkamah ini memberikan ruang kepada kebenaran untuk terus ditegakkan berdasarkan fakta dan bukti,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Sementara itu, mahkamah juga menolak permohonan Cik Pia untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadapnya.

Dalam masa sama, mahkamah turut memberi kebenaran kepada Azlan dan bekas isterinya, Nilam Ortiz, untuk memulakan prosiding komital terhadap Cik Pia berhubung dakwaan pelanggaran perintah injunksi mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng, Nilam Ortiz sah bercerai... Kekal berkawan demi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Pia minta deposit jaminan kos RM75,000 selepas Azlan diisytihar muflis, Nilam miliki kewarganegaraan asing

Pada Disember tahun lalu, Cik Pia memaklumkan dia memohon jaminan kos RM75,000 dikenakan kepada pihak plaintif selepas berdepan saman fitnah daripada Azlan dan Nilam.

Ini kerana Nur Nilam selaku plaintif pertama dikatakan adalah warganegara Thailand dan boleh meninggalkan negara pada bila-bila masa, manakala Azlan selaku plaintif kedua telah diisytiharkan bankrap.

Sebelum itu, Azlan dan Nilam memfailkan saman fitnah terhadap Cik Pia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mendakwa usahawan tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain