suria

Bella Dowanna pernah ‘dipijak’, faham situasi dihadapi Mia Sara Nasuha

Bella kongsi pengalaman sebagai artis muda.

MEMULAKAN kerjaya lakonan seawal usia 14 tahun, aktres Bella Dowanna memahami keadaan segelintir rakan artis yang masih diberi watak kanak-kanak meskipun sudah meningkat dewasa. 

Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 23, mengakui dia sendiri berdepan situasi sukar namun menganggap lumrah yang perlu dihadapi oleh kebanyakkan anak seni.

"Bagi saya setiap orang ada ujian masing-masing. Sejujurnya untuk saya yang berusia 23 tahun ini ada saja waktu susah yang rasa tak relevan.

Bella sangat memahami keadaan dialami Mia.

"Saya pernah tidak dipanggil bekerja, dan seolah-olah tak wujud dalam industri. Namun Bella percaya pada rezeki masing-masing," katanya kepada mStar.

Menurut Bella, dia juga memahami nasib rakan seindustrinya iaitu Mia Sara Nasuha yang masih dipandang sebagai pelakon kanak-kanak walaupun kini berusia 21 tahun.

"Saya faham sudut Mia, sudut pandang rakan pelakon, pihak produksi, industri dan juga netizen dalam menilai seseorang pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna geram rakan baik dihina isu wang, dedah Muntazar Ghufran jadi balaci bekas tunang - “Dalam akaun bank kau ada RM50,000 ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara penat jadi ‘budak kecil’, umur dah 21 tahun tapi masih dianggap pelakon kanak-kanak

"Bagi saya, ia adalah satu proses perjalanan seorang pelakon. Tetapi hakikatnya, kita semua sedang membesar dan berkembang.

"Semua itu memerlukan masa dan kepercayaan pada rezeki sendiri, sambil terus berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan gosip murahan, tetapi dengan kerja dan kualiti," ujarnya.

Saya juga berhak mempertahankan diri dengan cara yang sama.

BELLA DOWANNA

PELAKON

Tambah Bella lagi, dia pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan di set penggambaran namun kerana dipandang sebagai pelakon masih 'mentah'.

"Pengalaman dipijak kepala banyak kali. Dia ingat saya budak-budak, maka pendapat saya dianggap tak penting. Saya tak boleh nak bersuara bagi pihak saya. 

Bella tak takut suarakan pendapatnya.

"Tapi saya faham saja yang kita tahu yang usia bukan penentu segalanya. Apa yang paling penting ialah rasa hormat.

"Jika seseorang menghormati Bella, Bella juga akan menghormati mereka. Tetapi jika tiada rasa hormat, saya juga berhak mempertahankan diri dengan cara yang sama seperti saya diperlakukan," jelasnya.

Sebelum ini, Mia Sara menjadi bualan ramai selepas menyuarakan cabaran yang dihadapinya dalam membuang imej pelakon kanak-kanak walaupun sudah dewasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain