suria

“Saya tak salahkan dia” - Mia Sara akui silap tulis komen, panik tak tahu nak buat apa

Mia mengakui kesilapannya terhadap Puteri Balqis.

PELAKON Mia Sara tampil mengakui kesilapannya susulan kenyataan yang pernah ditulisnya sebelum ini sehingga mengundang salah faham terhadap aktres Puteri Balqis

Mia atau Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 21, berkata selepas membaca semula kenyataan tersebut, dia menyedari cara penulisannya sememangnya boleh mengundang tafsiran negatif walaupun itu bukan niat sebenarnya.

Kata Mia, isu berkenaan menjadi semakin besar sehingga membuatkan dirinya buntu dan tidak tahu bagaimana untuk memperbetulkan keadaan.

Kenyataan Mia disalah tafsir ramai pihak.

"Saya tak salahkan dia pun, sebab apabila baca balik cara saya tulis pun memang ia sangat mengundang. Saya tak tahu apa yang saya cakap itu kedengaran seperti saya tengah menghina. 

"Perkara itu jadi sangat besar sehingga saya panik tidak tahu perlu berbuat apa," katanya

Mia berkongsi perkara itu menerusi sebuah klip acah (teaser) sesi temu bual program audio siar Kita Kita Aje yang dimuat naik di Instagram. 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis tempelak Mia Sara, buka kisah lama keluarga dihina... “Kami diam bertahun-tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis buka kisah kena buli, ditolak kerana tidak ‘famous’… Nama Mia Sara sekali lagi terkait

Dalam pada itu, Mia memberitahu bapanya meminta dia tidak terus mengulas atau mempertahankan diri kerana bimbang kenyataannya akan terus diputar belit dan memburukkan keadaan.

Tambahnya, dia rasa bersalah yang mendalam kerana berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

"Bapa cakap jangan tulis pasal isu itu, tak perlu cakap apa-apa, saya tahu niat sebenar saya. Orang putar belit kata-kata saya atau apakah, saya tak perlu mempertahan diri sendiri.

"Orang akan guna kesempatan itu untuk putar belit lagi kenyataan saya dan cuma akan memperbesarkan hal terbabit. Jadi, saya kunci mulut, diam.

Puteri Balqis sebelum ini mendakwa Mia memburukkan dirinya dan ibu.

"Saya rasa bersalah, kerana saya yang tersilap cakap," ujarnya.

Sebelum ini, Puteri Balqis meluahkan rasa bengang dengan tindakan Mia yang didakwa pernah memburukkan dia serta ibunya di hadapan orang ramai. 

Malah aktres berkenaan turut mendakwa tindakan Mia menangis di hadapan media ketika ditemu bual disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain