PELAKON Puteri Balqis akhirnya membuka mulut mengenai kisah silam yang pernah menghantui hidupnya apabila mengakui pernah menjadi mangsa buli ketika masih kecil dan aktif dalam dunia lakonan.Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, mendedahkan dia berdepan layanan tidak menyenangkan di set penggambaran, namun pada ketika itu tiada siapa mempercayai ceritanya kerana menganggap ia sekadar gurauan kanak-kanak. "Ya saya dibuli set penggambaran oleh yang menganggap mereka hanya budak-budak. Tak ada siapa percaya saya dibuli waktu itu. "Saya ditolak ketika nak bergambar dengan peminat dengan ayat 'kau tak famous'. Kami famous. Pendedahan yang dibuat oleh Puteri Balqis."Beg buruk saya diketawakan. Bila dah besar, ingatkan dah berubah. Sambung lagi dengan Malukan ibu saya pula. Terima kasih. Setidaknya ada yang tahu saya tidak menipu," katanya. Perkongsian itu dibuat menerusi ruangan komen di TikTok miliknya bagi memberi respons terhadap kenyataan individu yang menjadi saksi dakwaan aktres berkenaan didakwa pernah dibuli oleh pelakon Mia Sara dan Rykarl Iskandar. Menurut Puteri Balqis, pengalaman itu memberi kesan mendalam kepadanya sehingga dia memilih untuk berdiam diri bertahun-tahun lamanya kerana bimbang disalah tafsir."Pada kakak dan abang, terima kasih banyak. Saya kalau boleh tak nak ingat dah. ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis tempelak Mia Sara, buka kisah lama keluarga dihina... “Kami diam bertahun-tahun”ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara penat jadi ‘budak kecil’, umur dah 21 tahun tapi masih dianggap pelakon kanak-kanak"Bertahun saya mengharapkan ada yang tahu apa saya lalui. "Bila kami cakap, kami dikatakan suka cari gaduh. Over. Jadi kami diam," ujarnya. Sebelum ini, seorang individu tampil meninggalkan komen yang mendakwa pernah menyaksikan sendiri situasi tersebut ketika bekerja dengan sebuah produksi pengiklanan."Masih segar dalam ingatan masa itu kami kerja dengan produksi dan buat iklan untuk satu jenama ini. Masa itu MS (didakwa Mia Sara), Aqish (panggilan Balqis) dan Ryqal dalam satu set. Puteri Balqis kecewa tiada yang mempercayainya ketika dibuli oleh dua pelakon kanak-kanak."MS dan Ryqal kutuk-kutuk Aqish, pakai mekap barang lokal, baju tak cantik dan sebagainya. "Aku dalam hati eh korang ni kecil-kecil dah kekwat. Aqish dekt set relaks saja lepak dengan mak dia. Baik budaknya," tulisnya.Sebelum itu, Puteri Balqis juga tampil menyeru nama Mia mendakwa pelakon berkenaan pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai. Menurut Puteri Balqis, tindakan Mia yang menangis ketika berdepan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube