suria

Isteri Nabil Ahmad jadi ‘menteri kewangan’, bijak urus duit untuk kesenangan keluarga

Nabil puji sikap jimat cermat isterinya.

BIJAK merancang masa depan, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mendedahkan dia sudah memiliki sebidang tanah yang terletak di Raub, Pahang.

Menurut Nabil, 43, pemilikan tersebut juga hasil perancangan isterinya, Zira Ayub, yang cukup bijak mengurus kewangan keluarga.

Segala kemewahan dan kesenangan yang dikecapi hari ini, katanya, adalah hasil pengurusan kewangan isteri yang berhemah.

Nabil bercucuk tanam dengan tanah yang dimilikinya.

“Saya tak boleh nak ambil kredit sepenuhnya sebab 'menteri kewangan' saya pun ada di sini. Dialah yang bagi idea.

"Saya sangat bersyukur dapat isteri yang pandai mengurus kewangan. Apa yang orang nampak hari ini adalah hasil pengurusan kewangan yang baik daripada isteri,” katanya kepada mStar.

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di pertunjukan fesyen Raya Jakel 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad imbau kenangan rumah kampung, pasang niat bina madrasah... Jadi pahala buat ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad menangis dalam masjid dapat surat kena gantung tugas, terfikir masa depan anak-anak

Tambahnya, sepanjang perkahwinan mereka, Zira banyak menyusun kewangan rumah tangga sehingga mereka mampu memiliki aset bernilai tinggi.

“Zira pandai susun keutamaan—mana yang perlu dibayar, disimpan, dan dilaburkan sepanjang kami berkahwin,” ujarnya.

Sementara itu, Zira mengakui Nabil seorang yang gemar berbelanja, sekali gus mendorongnya untuk lebih berdisiplin dalam mengurus kewangan keluarga.

Nabil puji Zira bijak menguruskan kewangan.

“Dia memang kuat berbelanja. Kalau duit masuk hari ini, hari ini juga boleh habis,” luahnya berseloroh.

Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Zira, atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, pada 30 September 2011.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 14, Layla Medyna, 11, dan Mishall Imani, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain