suria

Nampak macam ‘brokoli’, ramai tak boleh terima gaya rambut baharu Khai Bahar

Potongan gaya rambut baharu Khai menarik perhatian peminat.

PENYANYI Khai Bahar membuat kejutan apabila tampil dengan gaya rambut baharu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Malah, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, kelihatan seperti tidak percaya apabila melihat wajahnya dengan gaya rambut kerinting itu.

“Aku perm rambut okey ke tak? Anak siapa ni? Sebenarnya okey saja kan (gaya rambut), tak mengapa kalau tak okey kita tukar balik.

Rambut baharu Khai dikatakan seperti 'brokoli'.

“Tapi kenapa kita nak tukar gaya berbeza. Mahal tau buat rambut ni, ingat murah ke?

“Kita reda sajalah, benda dah jadi. Kalau korang tak suka rambut saya ini, saya pakai topi,” ujarnya berseloroh.

Khai berkongsi gambar dan video penampilan terbaharunya itu di Instagram pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar hanya mahu fokus perbaiki diri dan nyanyian, tak melatah disindir zaman sudah berlalu

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar tak ‘select’ pilih kawan, berpada-pada enggan terlalu kongsi kisah peribadi

Meninjau ruangan komen, ramai peminat yang tidak menyangka penyanyi lagu Bayang itu berani mengubah penampilannya.

Dalam masa sama, ada juga yang kurang bersetuju Khai memilih gaya rambut sebegitu dan meminta dia kembali kepada penampilan asal.

Tidak kurang juga peminat mula membuat perbandingan gaya tersebut, termasuk memanggilnya seperti sayur brokoli.

Peminat mahu Khai mengekalkan imej lama.

“Maaf Khai, tapi terus terang macam brokoli bergerak.

“Tak nak rambut macam ini, rambut lama lagi handsome.

“Tak smartlah rambut macam ni, Khai. Macam brokoli,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain