PELAKON Puteri Balqis tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung tuduhan netizen yang mendakwa bapa tirinya, Farris mengambil dadah susulan tular satu foto di platform Threads. Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 19, menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan berpunca daripada hasutan pihak yang berniat jahat. Kata Puteri Balqis, bapa tirinya juga sangat menjaga batas pergaulan terutamanya di set penggambaran."Sebelum ada yang ragu-ragu termakan hasutan haters, aku jelaskan di sini. Ayah tiri aku hari-hari bekerja.Perkongsian yang dimuat naik di Instastory miliknya."Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk wad, Farris akan jaga mak aku sepenuhnya. Team aku yang lain akan ambil alih kerja Farris. "Di set penggambaran, kalau artis atau kru ajak dia (Farris) hisap dadah, dia akan senyum, dia tolak dan terus pergi. Sama macam mak aku buat dulu. Tolak, senyum, pergi," katanya. Puteri Balqis berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Itu ini turut memuat naik semula foto bapa tirinya yang tular, di mana netizen mempertikaikan cara Farris memegang pemetik api dan mengaitkannya dengan dakwaan sebagai penagih.ARTIKEL BERKAITAN: Daler Yusof tegur bapa tiri, tunang Puteri Balqis... Minta jaga adab bila cakap soal perempuanARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis bakal berdepan saman, terima mesej daripada WhatsApp… “Kami tidak akan berganjak, sedia dipenjara atau apa sahaja”Menjawab isu tersebut, Aqish menjelaskan pemetik api berkenaan dibeli beberapa hari sebelum sambutan hari jadi bapa tirinya.Malah dia juga berani mencabar mana-mana pihak untuk membuat laporan polis jika benar bapa tirinya mengambil bahan terlarang. "Lighter tu kami beli beberapa hari sebelum birthday Apak (panggilan Farris). Keluarga kami semua memang perokok. "Memang kami memerlukan banyak lighter dan rokok. Untuk hadap haters macam ni. "Pergi buat laporan polis tentang ayah tiri saya. Kawasan elit tak elit polis tetap akan datang serbu," ujarnya.Puteri Balqis menyeru orang ramai mencari bukti kukuh.Sementara itu, Aqish juga menuntut pihak yang menuduh agar mengemukakan bukti kukuh, bukannya sekadar membuat andaian."Kepada haters, sila sampaikan pada ketua anda. Soalan paling senang abad ini daripada kami. Bukti. "Takkan tiba-tiba keluarga kami tak perlu bukti. Benda mudah pergi cari (bukti). "Aku bagi korang (netizen) job kerja lebih masa. Steady Apak. Jom cari duit," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!