suria

Aznil Nawawi tutup ruangan komen, rakaman podcast bersama Mia Sara Nasuha dibuat sebelum isu dengan Puteri Balqis meledak

Aznil menjelaskan salah faham ramai.

PENGACARA Datuk Aznil Nawawi tampil memberi penjelasan berhubung sedutan podcast kendaliannya yang menampilkan pelakon Mia Sara Nasuha sebagai tetamu.

Enggan menimbulkan salah faham dalam kalangan ramai, Aznil, 64, memberitahu rakaman tersebut dilakukan sebelum isu panas melibatkan Mia dan aktres Puteri Balqis menjadi bualan umum.

Malah, dia turut memaklumkan tujuan menjemput Mia adalah sebagai susulan pendedahan pelakon itu yang sebelum ini meluahkan rasa sedih ketika ditemu bual media.

Perkongsian Aznil di Threads. 

"Podcast ini dirakam selepas Mia Sara membuat kenyataan sedih kerana sering diberi watak kanak-kanak sahaja.

Podcast ini menjemput Mia untuk follow up kenyataan itu dan ia dirakam sebelum kes beliau dan Aqish meledak," jelasnya.

Aznil menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads miliknya pada Rabu.

ARTIKEK BERKAITAN: “Saya tak salahkan dia” - Mia Sara akui silap tulis komen, panik tak tahu nak buat apa 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis tempelak Mia Sara, buka kisah lama keluarga dihina... “Kami diam bertahun-tahun”

Tambah pengacara ini lagi, dia terpaksa menutup ruangan komen kerana dipercayai menerima terlalu banyak maklum balas.

Dalam masa sama, dia memberitahu tujuan sedutan itu disiarkan adalah sebagai promosi bagi mengajak orang ramai menonton rakaman penuh yang akan bersiaran pada 29 Januari.

"Maaf saya tutup komen," katanya.

Mia tampil sebagai tetamu dalam podcast bersama Aznil. 

Sebelum ini, salah satu sedutan daripada podcast tersebut menjadi bualan ramai selepas ia memaparkan Mia mengakui kesilapannya atas keterlanjuran memberi komen terhadap Puteri Balqis.

Perkara itu sekali gus mengundang spekulasi apabila ramai mendakwa ia merupakan kenyataan balas terhadap Puteri Balqis yang dibuat di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain