suria

Aidilfitri rasa kosong tanpa ibu bapa, Khai Bahar ‘redah’ sambut raya

Khai pulang awal ke Perlis sambut Hari Raya Aidilfitri.

DALAM kesedihan menyambut Hari Raya Aidilfitri, penyanyi Khai Bahar memberitahu 1 Syawal tetap diraikan meskipun kali ini merupakan tahun pertama tanpa ibu dan bapa tercinta.

Bagi Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 32, sambutan hari raya akan menjadi lebih bermakna apabila ia dapat dikongsikan dengan orang tersayang yang masih berada di sisinya.

"Sejak awal fikir tentang sambutan raya, saya sendiri tak tahu bagaimana nak hadap. Tapi kena 'redah' sahaja. Memang tak buat apa-apa persiapan untuk raya kali ini.

Gambar kenangan Khai bersama arwah ibu. 

"Namun raya tetap raya. Cukuplah buat saya berkongsi kasih sayang dengan keluarga, orang terdekat dan peminat," katanya kepada mStar.

Khai pulang ke kampung halaman di Kangar, Perlis, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk info, bapa Khai, Allahyarham Baharuddin Bakri, meninggal dunia pada 19 September 2025.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar sudah ‘move on’, kembali bangkit selepas fasa bersedih... Kongsi rezeki sempena Ramadan 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan tanpa ibu bapa, Khai Bahar sibukkan diri dengan kerja... “Tahun ini saya tak ada siapa”

Manakala ibunya, Allahyarham Rosnah Mohammad, menghembuskan nafas terakhir pada 2 Januari 2024.

Mengakui hatinya terasa sunyi, penyanyi ini memberitahu dia cuba mengisi kekosongan itu dengan jadual kerja.

Khai sibukkan diri dengan urusan kerja sebelum raya. 

"Saya balik kampung lima hari sebelum raya. Sempat juga sibukkan diri dengan menjual produk wangian saya di sini (Perlis).

"Bagi saya itulah cara untuk hilangkan rasa sunyi dan kosong dalam diri ini. Setiap orang ada cara masing-masing untuk kembali bangkit, sebab itu saya cuba sibukkan diri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain