suria
mStar - Urban.Versatil

Khai Bahar sudah ‘move on’, kembali bangkit selepas fasa bersedih... Kongsi rezeki sempena Ramadan

Tidak mudah buat Khai melupakan rasa sedih kehilangan orang tersayang.

ENGGAN terus menyimpan rasa sedih, penyanyi Khai Bahar merasakan dia kini perlu kembali bangkit selepas melalui fasa kehilangan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Bagi Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 32, selain memberi fokus kepada kerjaya, dia mahu menggembirakan orang sekeliling yang telah banyak memberi sokongan sepanjang tempoh berduka.

"Nak sedih lama-lama pun tidak boleh. Sekarang masa untuk saya kongsi kebahagiaan.

Khai cuba yang terbaik untuk membahagiakan orang sekeliling. 

"Meskipun rasa kehilangan itu masih ada, namun saya sudah move on. Saya tidak mahu rasa sedih ini memberi kesan kepada orang lain.

"Bukan mudah nak hilangkan perasaan itu, namun saya perlu menerima hakikat," katanya kepada mStar.

Khai ditemui ketika majlis Sinar Gemersik Ramadan Iftar Bersama Khai Bahar yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan tanpa ibu bapa, Khai Bahar sibukkan diri dengan kerja... “Tahun ini saya tak ada siapa” 

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam ‘brokoli’, ramai tak boleh terima gaya rambut baharu Khai Bahar

Menurut Khai, sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 28 Februari ini, dia dapat meneruskan perjalanan seni dengan lebih baik selain mengembangkan perniagaannya.

"Perniagaan pun sudah dua tahun tertangguh, jadi tahun ini saya mahu kembali bangkit.

"Semoga tahun ini lebih stabil dengan apa yang saya impikan. Semoga semua perancangan berjalan lancar dari awal hingga akhir tahun," luahnya.

Bukan mudah nak hilangkan perasaan itu

KHAI BAHAR 

PENYANYI 

Untuk rekod, ibu Khai iaitu Rosnah Muhammad meninggal dunia pada 2 Januari 2024, manakala bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 19 September 2025.

Mengulas mengenai majlis Sinar Gemersik Ramadan Iftar, Khai berkesempatan berkongsi rezeki dengan 30 pelajar kurang berkemampuan dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

Khai meraikan pelajar-pelajar UKM dalam majlis berbuka puasa. 

Mengenang kembali kehidupan susah yang pernah dilaluinya membuatkan penyanyi itu tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Setiap tahun saya bersama kelab peminat (Khai Bahar Empire) akan memilih mana-mana golongan yang memerlukan untuk berkongsi rezeki.

"Tahun ini kami memilih pelajar. Saya juga pernah melalui detik sukar dahulu. Jadi tidak salah untuk kita berkongsi rezeki," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain