suria
mStar - Urban.Versatil

Amri Aziz, Zarol Zarif perlahan aktiviti seni, sibuk berniaga baju raya kucing

Amri dan Zarol mempunyai lapan ekor kucing.

PELAKON Amri Aziz dan penyanyi Zarol Zarif mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seni bagi memberi fokus kepada perniagaan baju raya kucing. 

Menurut Amri, idea menghasilkan koleksi itu tercetus selepas kerap membeli pakaian raya buat lapan ekor kucing peliharaannya. 

Wany, Ara, Amri dan Zarol teruja dengan kerjasama mereka.

Menariknya, baju raya yang diketengahkan adalah berkonsepkan 'bib' yang dipakai di leher kucing. 

“Saya perhatikan setiap kali saya pakaikan 'baju raya', kucing saya nampak kurang selesa. Tetapi apabila dipakaikan bib di leher, mereka lebih tenang dan bebas bergerak. 

"Dari situ timbul idea untuk menghasilkan bib khas untuk raya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikidot dedah pernah salin baju di R&R, dikejarkan ke hospital gara-gara konten sebelum ada 1.17 juta pengikut di YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak boleh terima, Zarol Zarif akui serik nak buat ‘content prank’ di YouTube

Lebih menarik, koleksi sulung itu turut menampilkan dua selebriti wanita terkenal sebagai muse, iaitu Ara Johari dan Wany Hasrita.

Menurut Amri, pemilihan mereka dibuat kerana kedua-duanya bukan sahaja mempunyai karakter elegan dan anggun, malah juga pencinta haiwan.

“Mereka berdua sudah lebih 10 tahun berada dalam industri seni dan jelas menunjukkan minat terhadap haiwan. 

Kami sendiri pencinta kucing dan yakin industri berkaitan kucing boleh berkembang jauh. 

ZAROL ZARIF

PENYANYI

"Jadi pelantikan mereka sangat bertepatan untuk membawa vibes yang kami inginkan selain membantu meluaskan lagi promosi dan pasaran produk kami,” jelasnya.

Amri bersama rakan kongsi, Zarol menyasarkan penjualan sebanyak 10,000 unit untuk bisnes The Fluffyss Bib Raya Collection pada musim perayaan ini.

Menurut Zarol, sebab utama mereka fokus kepada produk berkaitan kucing kerana kurangnya peniaga yang membawa produk seumpama itu di pasaran.

“Kami sendiri pencinta kucing dan yakin industri berkaitan kucing boleh berkembang jauh. 

Wany dan Ara juga merupakan pencinta kucing.

"Alhamdulillah, perjalanan kami setakat ini berjalan dengan baik dengan sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan.

"Malah kami juga menawarkan harga mampu milik iaitu sekitar RM85 sehingga RM99 dan bokeh dibeli menerusi kedai TikTok, The Fluffyss,” katanya yang bakal dipasarkan secara fizikal di Absolut Bazaar di MITEC Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Mac depan. 

Menariknya, The Fluffyss Bib Raya Collection direka dengan konsep tradisional Melayu yang cukup unik, buat kucing jantan (Male Bib), rekaan berkonsep baju Melayu Cekak Musang dan samping songket serta didatangkan sekali dengan songkok.

Manakala, untuk kucing betina (Female Bib) pula menampilkan konsep kebaya lace dan songket peplum dan turut didatangkan dengan reben yang comel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain