PENYANYI Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa apabila perkongsian videonya mengenai juadah bersahur di media sosial mengundang pelbagai kritikan netizen.Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata tujuan dia memuat naik video berkenaan hanyalah untuk berkongsi perkara bermanfaat, namun terdapat segelintir pihak yang sengaja mencari kesalahan terhadap perkara tidak sepatutnya. “Kita ini buat video ‘sharing is caring’ saja. Tapi banyak pula masalah yang dilihat, telekung bersih ke, makan itu, makan pakai tangan kiri, kenapa sahur pukul 2 pagi,” luahnya.Luahan hati Ernie jadi perhatian.Ernie berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads dipercayai sebagai respons terhadap kecaman diterimanya.Menurut penyanyi lagu Boneka itu, dia sekadar berkongsi menu mudah untuk sahur dan merupakan juadah kegemarannya.Malah katanya, video berkenaan dirakam lebih awal kerana dia akan berasa mengantuk jika merakam pada waktu sahur.ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Bintang Paling Popular ABPBH 37 dengan 124 juta undian, bawa pulang RM30,000… “Saya dah balik dulu tadi”ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri impi konsert solo di Axiata Arena“Kalau saya sahur, dah sah-sah saya tak dapat nak buat video, mengantuk. Saya kongsi apa yang mudah untuk waktu sahur sebab saya suka makan. Tapi diambilnya benda lain,” katanya.Luahan tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata menasihatinya agar tidak mengendahkan komen negatif.“Move forward je sebab memang lumrah untuk kita tak dapat puaskan hati semua orang. Abaikan lalat berbunyi je.“Biasalah haters, memang yang salah saja dia fikir. Orang lain tengok okey saja,” antara komen ditinggalkan netizen.Sebelum ini, Ernie berkongsi dirinya bersahur dengan telur, mayonis, bawang goreng dan jeruk, selain tampil mengenakan telekung putih dalam video berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube