suria
mStar - Urban.Versatil

Anak Amyza Aznan ucap terima kasih atas sokongan dan bantuan Fattah Amin, Amira Othman

Fatah dan Amira (kanan) dipercayai menghulurkan bantuan kepada anak Amyza (kanan).

SELEPAS disahkan menghidap kanser tulang, anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam menzahirkan ucapan terima kasih buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman atas sokongan serta kebaikan yang dihulurkan. 

Tidak menyatakan secara terperinci bentuk bantuan yang diberikan, Adrian, 18, bagaimanapun menyifatkan keprihatinan dan sokongan moral daripada pasangan berkenaan sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya dan keluarga dalam melalui ujian berat itu.

"Kepada abang Fattah dan akak Amira, saya tidak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih atas sokongan dan kebaikan kalian. 

Perkongsian Adrian di Instastory miliknya.

"Hanya Allah saja yang tahu sebesar mana saya hargai semua itu. Semoga Allah membalas jasa baik kalian di dunia dan di akhirat," katanya. 

Adrian berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya. 

Dalam pada itu, Adrian turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa buat dirinya serta keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua Amyza Aznan kuat berdepan ujian, sempat kongsi perkembangan selepas disahkan hidap kanser tulang

ARTIKEL BERKAITAN: “Paru-paru kanan collapse" - Amyza Aznan mohon doa buat anak, saiz tumor membesar

"Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan saya, abang dan keluarga. Doa daripada keluarga, kawan-kawan malah individu luar yang kami tidak kenali. Terima kasih. 

"Hanya Allah yang tahu betapa mendalamnya rasa syukur ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala buat semua," ujarnya. 

Pada Khamis, Amyza berkongsi berita duka mengenai Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang. 

Lebih memilukan lagi, ujian ini berlaku selepas setahun anak sulungnya iaitu Andre Mikhail bergelut dengan kanser paru-paru

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain