RAMADAN tahun ini memberi makna berbeza buat penyanyi Hasif Upin apabila berpeluang berbuka puasa bersama mangsa banjir di Aceh, Indonesia.Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 34, berkata dia sudah lama berhasrat menyertai misi bantuan kemanusiaan dan peluang ke Aceh kali ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Kata Hasif, dia mengambil kesempatan itu untuk merasai kesusahan dan ingin berkongsi rezeki kepada golongan memerlukan. Hasif (dua dari kanan) berpeluang menyertai misi bantuan di Aceh."Bila tiba bulan Ramadan ini, saya lihat mereka berbuka pun secara bersederhana. Makan apa yang ada. "Di sebalik senyuman mereka, tersimpan seribu ujian yang tak semua faham. Rasa syukur bercampur sedih bila dapat duduk semeja dan berkongsi rezeki dengan insan-insan yang sedang diuji. "Semoga setiap langkah kecil bantuan kami dapat memberi harapan buat mereka," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah enam bulan tak boleh lepas, Hasif Upin dakwa dikejar janda pakai susuk… “Anak dia cuit leher saya”ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin jual sambal tampung hidup, syukur Fattah Amin beli 500 pekDalam pada itu, Hasif memberitahu perjalanan ke Aceh bukan sesuatu yang mudah. Selain laluan yang jauh dan mencabar, dia juga perlu berdepan ketakutan sendiri kerana mempunyai fobia menaiki pesawat."Sebenarnya saya sudah lama nak sertai misi bantuan seperti ini jadi bila ada peluang saya tidak akan lepaskan. Rasa syukur bercampur sedih bila dapat duduk semeja dan berkongsi rezeki . HASIF UPINPENYANYI"Walaupun ada masalah anxiety setiap kali menaiki pesawat tapi demi nak membantu dan membahagiakan masyarakat di sana (Acheh) saya kuatkan diri. Bayangkan saya perlu naik pesawat sebanyak tiga kali, dari Johor ke Medan dan seterusnye ke Acheh. "Kemudian dah sampai perlu masuk ke kampung yang mengambil masa perjalanan selama tiga jam. Jalannya pula berbatu dan sangat mencabar," ujarnya. Dalam masa sama, Hasif berkongsi keadaan di Aceh yang disifatkan sangat menyentuh hati apabila sungai utama dipenuhi kayu balak yang hanyut dari hulu sehingga menyebabkan aliran air tersekat.Hasif (kiri) berpeluang berbuka puasa bersama masyarakat di Aceh."Keadaan di sana memang sangat menyentuh hati. Banjir yang berlaku terlalu besar sampaikan sungai utama di kawasan itu tertimbus dengan kayu balak yang hanyut dari hulu. "Air pula kotor memang susah untuk diminum. Ada yang tak minum pun sebab air kotor. Tapi ada juga tahap sampai orang-orang tua di sini cakap pada anak bayangkan saja itu air tebu kalau nak minum," katanya.Untuk rekod, pada 22 November tahun lalu, banjir besar melanda beberapa kawasan di Aceh susulan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan sungai melimpah dan kawasan penempatan dinaiki air, sekali gus mengorbankan nyawa serta menjejaskan ribuan pendudukJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube