BULAN Ramadan sepatutnya menjadi medan merebut pahala dan menghayati kemanisan ibadah bersama keluarga. Namun bagi wanita ini, kehadiran bulan mulia itu terasa sedikit mencabar apabila terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan rumah tangga sendirian tanpa bantuan suami selain perlu keluar bekerja. Menerusi satu luahan di media sosial, wanita berkenaan berkata dia berulang-alik sejauh 120 kilometer untuk ke tempat kerja setiap hari, sedangkan suami hanya bekerja dari rumah (WFH)."Bayangkan bulan puasa, balik kerja terus kena masak. Suami pula bangun pukul 10 pagi. Tengah hari boleh nap sebentar. Malam pula dia boleh pergi tarawih di masjid, lepas tu lepak pula sambil moreh.Suami yang baik perlu membantu isteri menguruskan hal dalam rumah. -Gambar hiasan AI“Sementara saya kena jaga anak dari Maghrib sampai mereka tidur. Dia balik rumah semua urusan sudah selesai, anak pun dah tidur. Tak adil kan?" luahnya.Menurut wanita itu, dia memahami tugas memasak menjanjikan pahala, namun meluahkan keinginan untuk merasai kemanisan Ramadan tanpa gangguan dan keletihan melampau."Faham je masak dapat pahala. Tapi nak juga rasa beribadah tanpa gangguan anak-anak. Bukannya jadi maid (pembantu rumah) yang ada kerjaya," katanya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyarankan agar dia berbincang secara baik dengan suami.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia agih sampai habis semua” - Feri rosak, coklat mahal penumpang Cina jadi 'korban' iftar, lelaki ini buktikan rasis sikap individu!ARTIKEL BERKAITAN: Dahsyat AJK masjid kena maki sebab sedia juadah iftar tak enak... layak masuk tong sampah - “Makanan dalam jel lagi sedap”“Balik lambat, cakap bulan puasa banyak kerja. Pandai la dia jaga anak dan cari makanan berbuka nanti. Kalau dia guna 'kad pahala', cakap Nabi pun tolong isteri masak dan jaga anak."Dah cuba heart to heart (berbincang) dengan suami? Lelaki ni ada dua jenis… satu kalau ditegur dia dengar dan berubah, satu lagi dengar tapi tak berubah. "Tapi sebenarnya benda ni biasa, cuma kena ada timbang rasa dalam apa jua situasi," komen beberapa netizen.Membalas salah satu komen netizen, wanita itu menjelaskan bahawa dia sudah berbincang dengan suaminya mengenai perkara tersebut, namun usahanya tidak membuahkan hasil.Isteri ulang-alik 120km setiap hari, tetap urus rumah dan anak sepanjang Ramadan.Suami WFH bebas berehat dan tarawih, dia pula kepenatan tanpa diberi ruang beribadah.Luah rasa mahu kemanisan Ramadan, bukan jadi pembantu rumah ada kerjaya.Sudah berbincang, namun dilabel berkira dan suka merungut.Netizen gesa pasangan lebih bertimbang rasa dan adil.Ringkasan ini dijana oleh AIKatanya, perbincangan yang dibuat sebelum ini tidak membawa perubahan, malah suaminya menganggap dia bersikap berkira dan gemar merungut.Prinsip suami isteri hidup bersama dengan cara baikDalam Islam, prinsip Mu'asyarah bil Maaruf menuntut suami isteri hidup bersama dengan cara yang baik, berakhlak mulia dan saling menghormati seperti yang diperintahkan dalam Surah An-Nisa (surah wanita-wanita) ayat 19.Ia menekankan agar pasangan tidak menzalimi atau membebankan satu sama lain secara tidak adil, sebaliknya mengamalkan sikap bertimbang rasa dalam setiap urusan rumah tangga.Konsep ini juga menggalakkan kerjasama, kasih sayang dan keadilan supaya hubungan dibina atas dasar ihsan dan bukan sikap mementingkan diri.