suria
mStar - Urban.Versatil

Penat hadap perangai murid sampai stres, cikgu berhenti kerja buat bisnes jual keranda... Kaut untung RM23 juta setahun

Liu mengeksport kira-kira 40,000 keranda ke Eropah setiap tahun.

KERJAYA sebagai guru semakin mencabar, apatah lagi ramai ibu bapa masa kini yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.

Di China, seorang wanita turut meninggalkan kerjayanya sebagai guru kerana penat dan mengalami tekanan dalam mendidik pelajar.

Apa yang mengejutkan, Lisa Liu, 29, memilih bidang yang berbeza dengan menceburi perniagaan keranda bermula Julai tahun 2023.

Wanita dari bandar Heze di Shandong itu menjalankan perniagaan dengan fokus utama untuk mengeksport keranda ke pasaran Eropah, khususnya Itali.

Untuk rekod, bandar Heze memiliki tiga juta pokok paulownia yang sesuai dijadikan sebagai keranda.

Pokok itu bukan sahaja lebih ringan, malah mempunyai titik penyalaan rendah dan corak kayu cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas intai keranda Kak Timah, si bulus terus rebah tepi liang lahad... Setia tunggu selesai pengebumian

Menurut media China, Jimu News, keranda yang dihasilkan di Heze biasanya berharga antara AS$90 (RM352) hingga AS$150 (RM587).

Ia jauh lebih murah berbanding keranda Eropah yang berharga antara AS$1,100 (RM4,301) hingga AS$2,100 (RM8,211).

Kilang milik wanita itu mengeksport kira-kira 40,000 keranda ke Eropah setiap tahun, menjana pendapatan tahunan sekitar 40 juta yuan (RM23.2 juta).

Walaupun menghadapi cabaran seperti kos penghantaran yang meningkat, Liu kekal optimis tentang masa depan industri keranda.

“Orang meninggal setiap hari, dan setiap orang pada akhirnya memerlukan keranda,” katanya kepada media. -Agensi

Artikel Lain