Pihak taska perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku kematian kanak-kanak dalam premis mereka. -Gambar hiasan
SEORANG bapa mengesyaki wujud unsur jenayah dalam kematian bayinya selepas kakitangan sebuah taska memaklumkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak dapat diakses.Lelaki dikenali sebagai Sathit itu membuat laporan di Balai Polis Samet, Chon Buri, Thailand, susulan kematian bayi perempuannya, Palita yang berusia 10 bulan. Sathit berkata dia menerima panggilan daripada petugas taska pada Isnin yang memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia akibat tersedak susu.Dia meminta rakaman CCTV yang menunjukkan detik anaknya tersedak susu, namun pihak taska mendakwa tidak dapat mengakses rakaman pada saat kematian itu berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Bayi biru, tiada respons lepas tersedak susu! Mujur teknik digunakan suami berhasil, tapi isteri fobia hamil lagiSathit berkata kakitangan taska memaklumkan rakaman tersebut tidak disimpan berikutan kerosakan CCTV. Penjelasan itu menimbulkan lebih banyak syak wasangka terhadap punca kematian dan mendorongnya membuat laporan polis.Amarin TV melaporkan pegawai dari Polis Wilayah 2 sedang menjalankan siasatan serta mengumpul bukti di taska berkenaan. Keputusan bedah siasat masih belum dikeluarkan. -Agensi.