SEORANG wanita menerima sokongan moral warga maya selepas berkongsi kisah perkahwinannya yang hanya bertahan selama 48 jam.Dalam hantaran di platform Reddit, pengadu mendakwa dia membuat keputusan besar untuk bercerai gara-gara tidak tahan dengan sikap suaminya. Jelasnya, lelaki dikenali sebagai Jake itu terlalu obses untuk melakukan prank pada hari perkahwinan mereka."Saya memberi peringatan sehari sebelum majlis. Jika dia melakukan prank seperti yang dirancang, saya akan putuskan hubungan dengannya. "Apabila hari perkahwinan tiba, semuanya berjalan lancar sehingga sampai masa untuk memotong kek. Tiba-tiba saya rasa ada tangan menolak kepala saya."Muka saya terbenam ke dalam kek. Bukan sahaja mekap rosak tetapi seluruh gaun perkahwinan juga kotor," imbas wanita itu.Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa suaminya bersama tetamu lain turut ketawa melihat dia menjadi mangsa gurauan berkenaan.Pengadu bagaimanapun tidak berkongsi lokasi kejadian itu.Majoriti pelayar Reddit menitipkan kata-kata semangat buat wanita itu agar dia tabah menghadapi perceraiannya."Saya simpati perkara ini berlaku, tetapi saya bangga dengan awak."Saya tak faham kenapa orang anggap membuat prank memalukan, ia tak lucu," tulis netizen. -Agensi