suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tidak akan berundur” - Ruhainies nekad buat laporan polis, mahu tuntut keadilan

Ruhainies sudah membuat laporan polis terhadap isu tersebut.

PELAKON Ruhainies membuktikan amaran yang pernah dibuatnya sebelum ini bukanlah janji kosong apabila dia sudah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa memfitnah dirinya. 

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, menegaskan dia tidak akan berputus asa dalam menuntut keadilan terutama apabila namanya dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu kenamaan. 

"Saya telah pun mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang. Kali ini, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dan memastikan perkara ini ditangani dengan serius sehingga ke akhirnya.

Hantaran Ruhainies di halaman Threadsnya. 

"Seperti yang telah katakan sebelum ini, saya memandang serius perkara ini. Saya akan tetap berpendirian tegas, mengambil segala tindakan yang sewajarnya dan memastikan perkara ini diselesaikan sepenuhnya.

"Saya tidak akan berundur atau berputus asa sehingga tindakan yang sewajarnya diambil dan keadilan ditegakkan," katanya melalui satu hantaran di Threads pada Isnin. 

Menerusi hantaran tersebut, Ruhainies turut memuat naik sekeping foto laporan polis yang telah dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan palsu jejas reputasi, Ruhainies sudah kumpul bukti dan minta pemfitnah tampil beri kerjasama

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies hidup mewah hasil kerja keras, bukan ‘ditaja‘ lelaki

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai laporan berkenaan tidak dapat dipastikan memandangkan aktres berkenaan mengaburkan maklumat pada dokumen berkenaan. 

Sebelum ini, Ruhainies pernah memberi amaran bahawa dia tidak akan lagi berdiam diri selepas namanya sering dikaitkan dengan spekulasi mempunyai hubungan istimewa bersama individu berstatus kenamaan.

Ruhainies sudah memberi amaran awal terhadap isu tersebut. 

Pelakon drama Terjerat berkata dia telah berjaya mengumpul segala bukti dan maklumat yang diperlukan hasil bantuan orang ramai sebelum nekad membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Ruhainies meluahkan rasa kesal apabila tuduhan tidak berasas itu mula dipercayai serta disebarkan secara meluas oleh segelintir masyarakat sehingga menjejaskan imej serta reputasinya sebagai anak seni.

Artikel Lain