suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menang trofi bukan bermakna sudah popular, Zaki Yamani belum mampu tandingi Jamal Abdillah

Zaki teruja akhirnya berjaya memenangi trofi anugerah.

PENYANYI Zaki Yamani menganggap kemenangan menerusi kategori Fresh Rising Star Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026) pada malam Ahad sebagai satu pencapaian baharu selepas tujuh tahun berkecimpung dalam industri seni.

Bagaimanapun, Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata kejayaan itu tidak membuatkan dia berbangga diri, sebaliknya menganggap perjalanan masih jauh untuk menandingi populariti bapanya yang juga penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah.

"Bila saya menang anugerah ini, saya tidak rasa tinggi lagi. Saya masih lagi rasa rendah diri dan saya tak rasa akan melepasi populariti Jamal Abdillah.

Pengiktirafan di AMT 2026 masih tidak membuatkan Zaki berbangga diri.

"Saya boleh katakan ayah saya seorang tokoh juga. Dia antara orang yang terawal dulu dalam industri seni nyanyian ini," katanya kepada media. 

Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad. 

Dalam pada itu, Zaki memberitahu dia mahu terus memperbaiki diri, menghasilkan karya baharu serta mengekalkan disiplin dalam usaha mengembangkan kerjaya seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani nasihat Osama lebih rajin buat ‘content’, gunakan Jamal Abdillah... “Babah muka masam pun buat je”

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani terkejut dapat lima tawaran berlakon, nafi terima peluang sebab anak Jamal Abdillah

"Tapi apa yang saya boleh buat, saya mahu perbaiki diri, terus berkarya, bekerja, berdisiplin dan menghasilkan konten serta lagu-lagu baharu.

"Seperti tahun lalu dan tahun ini, saya sudah semakin dikenali, namun itu bukan bermakna sudah popular," ujarnya.

Zaki mahu terus memperbaiki diri agar menjadi seorang penghibur lebih baik.

Mengulas  lanjut, Zaki menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai satu penghargaan yang mampu menyuntik semangat untuk terus bertahan dan berkarya dalam industri muzik.

"Anugerah ini adalah satu penghargaan sahaja. Tapi kalau nak diiktirafkan macam itu, tidak kot. Namun, anugerah ini menjadi semangat untuk kita teruskan dalam industri dan membanggakan peminat," katanya. 

Untuk info, Zaki menewaskan pencabar lain termasuk Odda, Dukes, Alpha, K.O.I, Ryenald Guntabid, Daniel Fong dan Zairi Aziz bagi kategori berkenaan menerusi undian dalam talian.

Artikel Lain