PELAKON Puteri Sarah Liyana menjelaskan sebab dia tidak dapat menghadiri majlis resepsi perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berlangsung pada malam Ahad.Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkata ketidakhadirannya bukan disebabkan masalah dengan pasangan itu, sebaliknya dia mempunyai komitmen kerja yang perlu diselesaikan iaitu penggambaran drama. "Semua benda nak kena terangkan, penat. "Kepada yang berhati busuk silalah baca ini dan lain kali tengok Instastory saya ya sebelum judge," katanya.Puteri Sarah berkongsi perbualan mesej bersama Bella.Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Isnin. Dalam perkongsian sama, Puteri Sarah turut memuat naik perbualannya bersama Bella yang menunjukkan dia sudah memaklumkan lebih awal mengenai ketidakhadirannya ke majlis berkenaan, selain menitipkan ucapan tahniah dan doa buat pasangan itu."Salam, tahniah. Maaf tak dapat datang sebab ada shooting drama. Tahniah atas perkahwinan awak. "Saya doakan kehidupan awak berdua (dengan suami) dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan dan momen-momen terindah. ARTIKEL BERKAITAN: Malam resepsi Bella, Syed Saddiq meriah dirai 3,000 tetamuARTIKEL BERKAITAN: [V] Bosan isu sekufu disalah erti, Puteri Sarah hanya mahu pasangan ‘satu kepala‘ jika berkahwin lagi"Semoga Allah memberkati perkahwinan awak dengan ketenangan dan rasa cinta yang semakin kuat. Kirim salam pada suami ya," tulisnya. Dalam paparan tersebut, Bella turut memahami komitmen kerja Puteri Sarah, selain menghargai doa yang diberikan."Sarah eh tak mengapa. Terima kasih banyak atas doa. Tak mengapa (tak hadir), saya faham kerja perlu diutamakan. "Doa dan kebaikan awak sudah cukup bermakna! Saya sangat menghargainya. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan rezeki juga untuk awak. "Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi," katanya. Majlis resepsi Bella (kanan) dan Syed Saddiq berlangsung meriah pada malam Ahad.Sebelum ini, kenyataan Puteri Sarah menerusi hantaran di Threads mengenai pasangan hidup yang sekufu disalah erti segelintir netizen sehingga timbul dakwaan kononnya dia cuba melaga-lagakan dirinya dengan Bella.Untuk info, malam resepsi perkahwinan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, dengan Syed Saddiq berlangsung meriah di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada malam Ahad. Dihadiri kira-kira 3,000 tetamu, majlis tersebut turut diraikan dengan kehadiran menteri, ahli politik dan rakan artis.